Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 28, 2026 @ 8:16am

Memang Seram! Filem Polong Angkat Kisah Sumpahan, Ilmu Hitam & Dosa Silam Yang Menghantui

Filem seram thriller tempatan Polong mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini dengan membawa kisah penuh misteri mengenai legasi ilmu hitam, sumpahan dan dosa silam yang terus menghantui generasi seterusnya.

Diarahkan Zulkarnain Azhar, Polong tampil dengan gabungan elemen seram tradisional dan naratif psikologi yang lebih gelap sekali gus menjadikan filem ini bukan sekadar kisah gangguan makhluk halus biasa.

Filem terbitan Golden Star Pictures itu turut mendapat sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios.

Polong dibintangi Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, Jun Lojong, Amir Nafis dan Nadiya Nisaa.

Filem tersebut mengisahkan Fatima lakonan Mimi Lana, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang secara tidak sengaja membongkar kisah silam seorang bomoh wanita bernama Maria Hadi lakonan Jun Lojong.

Maria sebelum ini dikatakan pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya, namun pencarian Fatima terhadap kebenaran akhirnya membuka semula sesuatu yang lebih berbahaya iaitu entiti mistik yang pernah dipelihara dan cuba dikawal oleh wanita itu.

Diburu kuasa misteri yang sukar dijelaskan, Fatima kemudian mendapatkan perlindungan daripada Marissa lakonan Nadiya Nisaa yang juga anak kepada Maria dan hidup terasing daripada masyarakat.

Dalam usaha menghentikan sumpahan tersebut, Marissa akhirnya berdepan dilema besar sama ada mahu menerima warisan hitam peninggalan ibunya atau memutuskan legasi itu buat selama-lamanya.

Menurut Zulkarnain, Polong cuba mengetengahkan idea bahawa tidak semua warisan membawa kebaikan kerana ada antaranya hanya meninggalkan kehancuran kepada generasi berikutnya.

“Bagi saya, ketakutan sebenar bukan hanya datang daripada makhluk ghaib tetapi daripada manusia sendiri yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi keinginan mereka,” katanya.

Pada masa sama, filem tersebut turut membawa persoalan tentang sejauh mana seseorang mampu melarikan diri daripada masa lalu terutama apabila dosa lama kembali menghantui kehidupan generasi seterusnya.

Polong kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Events Tue, 29 Mar 2022

72 Lokasi Bazar Ramadan Mula Beroperasi Ahad Ini

Alhamdulillah, ada yang rindu nak pegi bazar ramadan?

Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Nampak Kerusi Arwah Bapa Buat Saya Rasa Sayu” – Terkenang Dharma Harun Al Rashid, ‘Jam Misteri Atuk’ Sentuh Emosi Syafiq Dharma

Syafiq Dharma akui Jam Misteri Atuk sangat dekat di hati kerana mengingatkannya kepada arwah bapanya, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Ozlynn Pening Bila Johan Minta Tambah…?

Tambah apa pulak…ada apa-apa ke ni??

error: Content is protected !!