Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 24, 2023 @ 12:46pm

Anjur Solat Jemaah Secara Terbuka Di Bukit Bintang, Ramai Puji Asfan Shah – “Tolong Banyakkan Lagi Street Dakwah Macam Ni!”

Penyanyi Asfan Shah baru-baru ini ada berkongsi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan, sesuatu yang besar bakal berlaku di sekitar kawasan tumpuan di ibu kota iaitu Bukit Bintang.

Menurut Asfan, dia bersama-sama rakannya menganjurkan solat berjemaah di tengah-tengah kawasan itu bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia adalah inisiatif dakwah bagi menyebarkan syiar Islam.

Selain solat berjemaah, azar Asar, taklim hadis, berselawat ke atas Nabi, ceramah rohani juga turut diadakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deep Faith Co. (@deepfaith.co)

 

Memetik laporan Kosmo, sebelum mengadakan solat Jumaat di lokasi terbabit, penganjur bersama yang juga pemilik jenama Deep Faith, Amar Sufi Ali dan rakan-rakannya sudah mendapatkan rujukan serta pendapat daripada golongan alim ulama.

“Kami dah telefon beberapa ustaz dan maulana serta guru-guru. Nabi Muhammad dulu pun ada orang tak suka baginda.

“Berbuat baik ini memang ada orang suka dan sebaliknya. Niat buat semata-mata kerana Allah. Bukan nak sukakan manusia tetapi nak sukakan Allah SWT dan Rasulullah,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons positif terhadap inisiatif dakwah yang dilakukan, malah mereka berharap agar acara sebegini dilakukan dengan lebih kerap lagi.

Untuk makluman, selain Asfan, rakan selebriti lain yang turut hadir bagi mengimarahkan solat berjemaah ini adalah, Aliff Aziz, Saharul Ridzwan dan juga Yusuf Bahrin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 28 Oct 2019

Bayi Malang Maut, Dipaksa Minum Air 19 Liter Oleh Ibu Sendiri

Mengaku Tertekan Kerana Mahu Diceraikan Suami

Trending Fri, 10 Jul 2020
Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Julia dan Dr Che Hafiz didakwa sudah tidak saling mengikuti satu sama lain di Instagram

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Doakan A Rahman Hassan…

Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam. Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu […]

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Hiburan Tue, 28 Jan 2020
error: Content is protected !!