Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 22, 2021 @ 3:00pm

KWSP Mampu Laksanakan i-Sinar, i-Lestari 2.0, Pengeluaran One-Off RM10,000 Buat Semua Ahli

Susulan masalah ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam krisis Covid-19 ini, pakar ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mampu untuk mengeluarkan simpanannya sekali lagi tetapi haruslah dengan matlamat yang tepat.

Menurutnya, KWSP masih mampu melaksanakan i-Sinar 2.0 serta i-Lestari 2.0 walaupun harga saham agak rendah ketika ini.

Bagaimanapun, ia harus diteliti kerana kebanyakan golongan B40 sudah mengeluarkan hampir kesemua simpanan dan baki caruman kebanyakan mereka kurang daripada RM1,000.

“Oleh itu, matlamat pengeluaran bagi i-Sinar dan i-Lestari 2.0 ini haruslah tepat kerana kemungkinan besar jika dibuka, ia lebih memberi manfaat kepada golongan M40 dan T20 sahaja berbanding B40 yang lebih memerlukan mengikut baki pinjaman yang ada” katanya.

Barjoyai menambah, jumlah aset KWSP masih kukuh dan tinggi, selain pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari dilihat dapat membantu rakyat untuk jangka masa pendek.

Malah, pengeluaran yang dibuat secara one-off maksimum RM10,000 untuk semua ahli pasti mempunyai kesan positif untuk membantu ekonomi yang dikenali sebagai kesan pengganda.

“KWSP sudah mengeluarkan lebih RM78 bilion daripada pendeposit di bawah i-Sinar, namun ia masih menunjukkan prestasi keuntungan yang baik.”

“Ia dilihat dapat membantu dalam jangka masa pendek di mana penyimpan yang masih ada baki akan berpendapat bahawa ini merupakan satu peluang,”

Sumber  : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

Hiburan Sun, 1 Dec 2024
Trending Thu, 3 Oct 2019

Once Again, Yuna Made Malaysia Proud!

Malaysian pop star Yuna rubs shoulders with Cardi B and Blackpink’s Jennie at Paris Fashion Week

Trending Mon, 5 Mar 2018

2岁儿害iPhone「锁机47年」母崩溃

中国一名陆姓妈妈让2岁半儿子玩手机时,因为孩子疯狂输错解锁密码,导致出现「请25114984分钟(约47年)后再试一次」,让她超级傻眼与懊悔。

error: Content is protected !!