Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 23, 2018 @ 1:25pm

Bercerai Talak Satu Dengan Ude. Intan Derita, Izreen Bahagia!

Berderai airmata pastinya buat kaum hawa yang sempat mengikuti delima rumah tangga di antara pemuzik bebas, Ude juga suami kepada aktres Izreen Azminda, yang sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Intan Liana Salleh, 33, pada Khamis. 

Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, berbuat demikian di Mahkamah Syariah Gombak Timur. 

Usai prosiding berkenaan, Ude yang ditemui pihak media turut mendakwa bekas isterinya itu mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Ude mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali aktres, Izreen Azminda, yang dinikahinya, Ogos lalu.

Foto : NSTP 

“Intan tahu apa masalah rumah tangga kami, ia berlanjutan sudah lama, sebelum wujud orang ketiga. Saya terkilan apabila Intan mengeluarkan kenyataan kononnya tidak berbincang dengannya terlebih dulu sebelum memfailkan kes perceraian.

“Itu satu pembohongan. Banyak kenyataan yang dikeluarkan tidak benar, ia sekali gus menjatuhkan maruah saya. Kami sudah banyak kali berbincang, saya mahu menyelesaikan masalah kami secara baik.

“Orang luar memandang saya sebagai suami yang kejam dan bapa tidak bertanggungjawab, walhal kenyataannya adalah pembohongan,” katanya.

Ude mendakwa masalah rumah tangga dengan Intan berlaku sebelum beliau bertemu dan berkahwin dengan Izreen. Namun begitu, dia enggan mendedahkan puncanya dan menyifatkan ia  tertalu peribadi untuk dinyatakan.

Apabila hal ini ditanyakan kepada Intan, wanita itu mempersoalkan bagaimana cerita mengenai hubungan mereka bermasalah sejak dua tahun lalu.

“Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?” katanya mengulas dakwaan Ude.

Foto : NSTP

Mengaku terkejut dengan kenyataan bekas suami kepada media, Intan  mendakwa dia tidak tahu menahu pucuk pangkal komen yang dibuat Ude.

“Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda.

“Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

“Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian)… Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak iaitu Arish, 3, serta Ariq yang berusia setahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu secara tertutup. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera, Muhammad Riza.

Intan diwakili peguam syariah, Suriany Awaludin manakala Ude diwakili Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Foto : Instagram Intan Liana Saleh

Sumber : www.bharian.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 5 Apr 2022
Featured Thu, 14 Jun 2018

Tampil Anggun & Elegan Dengan 5 Tip Mix & Match Barangan ALDO

Kalau sudah namanya perempuan, from head to toe semuanya harus serba baharu baik baju, tas tangan, kasut mahupun aksesori sebagai pelangkap gaya di Lebaran.

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Events Thu, 28 Nov 2024

Bekpes Hot Baca Nama Graduan Sempena Majlis Konvokesyen UKM! Johan Paling Power, Sampai Mic Pun Boleh Jatuh

Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.

Events Wed, 19 Mar 2025

“Berani Kerana Benar, Tiada Senjata Lebih Kuat Dari Doa Kepada Allah” – Syed Saddiq

yed Saddiq menegaskan dia tidak akan sama sekali menggadaikan prinsip  dan menjual maruah diri meskipun menerima ujian sejak tahun 2020.

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Tak Pernah Terpadam Cinta & Sayang” – Ziarah Pusara Siti Sarah, Netizen Hiba Lihat Anak & Ayah Arwah

Tular sebuah video penyanyi dan pelakon veteran, Raissuddin Hamzah bersama cucu, Uwais Al-Qarni melawat pusara Allahyarhamah Siti Sarah, baru-baru ini. Menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, video berdurasi 23 saat itu memaparkan […]

error: Content is protected !!