Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin July 10, 2018 @ 1:00pm

Kalau Tak Nak Saiz Badan Bertukar XXL, Jangan Lakukan 4 Perkara Ini!

Wanita mana yang nak gemuk kan? Semua nak kekalkan bentuk badan yang langsing. Tapi macam mana nak elak gemuk ya? 

Yela, badan yang bersaiz XXL bukan hanya disebabkan daripada pengambilan kuantiti makanan yang berlebihan, tidak bersenam dan tidak pernah berdiet malah, faktor genetik juga penyumbang kepada kegemukan.

Tapi, tahukan anda, ada beberapa perkara lain yang menjadi punca masalah kegemukan berlaku yang mungkin anda tidak sedar. Jom kita semak!

1. Suka bangun lambat

Ada dalam kalangan anda yang suka bangun lambat lepas itu terus pergi ke meja makan untuk menjamu selera. Tabiat ini tak bagus kerana ia akan meningkatkan pertumbuhan lemak dalam badan anda.

Sebaiknya, anda perlu bangun dan mandi pada awal pagi sebelum subuh. Ini akan membantu tubuh badan anda bebas daripada pelbagai penyakit seperti peningkatan kolestrol dalam badan dan membantu membuang lemak yang menjadi punca kegemukan.

2. Tekanan

Ketika anda tengah mengalami stres yang berlebihan, mungkin anda tidak sedar telah mengambil makanan dengan lebih kerap dan berlebihan. Bila dah kenyang mulalah rasa nak tidur kan? Inilah sebabnya berat badan anda naik! Elakkan diri daripada stres ya!

3. Pengaruh ubat

Perkara ini penting ya! Bagi anda yang suka makan pelbagai jenis ubat seperti ubat nak cantikkan kulit lah, ubat nak control anak ramailah, tolonglah berhenti! Ini kerana, pengambilan pelbagai jenis ubat akan menyebabkan berat badan anda akan naik perlahan-lahan tanpa anda sedari.

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa pengambilan ubat yang banyak boleh meningkatkan selera makan. Jadi, elakkan ok!

4. Menopause

Untuk pengetahuan anda, bila anda sudah masuk ke dunia menopause, badan anda secara automatik tak selincah yang dulu. Proses metabolisme akan lambat dan sistem hormon mengalami perubahan. 

Saat inilah, nafsu makan anda akan membuak-buak! Maka, ia akan membuatkan anda berselera menjamu makanan tanpa memikirkan kesannya. Akhirnya terhasillah tubuh badan yang makin berisi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mingguan Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Aug 2022
Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung?” – Isteri Fizo Omar Tegur Netizen Persoal Kehamilan Ketiga

Fezyra memaklumkan ini bukanlah kali pertama individu terbabit menghantar pesanan langsung (DM) kepadanya.

Featured Fri, 8 Nov 2024

“Serius You Memang Kuat! Saya Dengar Pun Sedih” – Saling Berbalas DM, Netizen Sebak Tengok Fazura Bawa Lagu Bertahan Demi Cinta Seorang Diri

Walupun dikritik dek kerana nyanyiannya yang sumbangm, Fazura bagaimanapun tidak berkecil hati sebaliknya….

Featured Mon, 23 Feb 2026

Persis Anak ‘Mat Salleh’, Siti Saleha Dedah Wajah Anak Sulung

Pelakon Siti Saleha menyorot perhatian apabila buat pertama kali berkongsi wajah anak sulungnya, Indra yang selamat dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Featured Wed, 7 Dec 2022
error: Content is protected !!