Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 12, 2024 @ 2:23pm

Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

Pempengaruh dan isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa kesal apabila dia dikutuk oleh rakan-rakan suaminya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fara dilihat memuat naik video tiga rakan Shuk yang dipercayai telah ‘menganjingnya’.

Fara mengaku kecewa apabila Shuk lebih mempercayai dan memilih untuk mempertahankan rakan sendiri sehingga tergamak menghalau isterinya itu.

“Kawan kau punyalah depan mata aku mengata menganjing aku.. depan muka.. aku tak ada suruh mereka jual barang aku, sekali lalu depan aku tengah makan elok je nganjing aku jerit jerit ‘kek tapak kuda’.

“Aku bagi tahu kau pasal ni.. eh back up member.. back up member halau aku balik,” katanya.

Malah, dalam muat naik itu juga Fara seperti sudah hilang sabar sekali gus mencabar Shuk untuk lafaz cerai.

“Okay kalau berani meh la lafaz bro,” tulisnya.

Shuk Sahar

Menerusi perkongsian lain di Instagram, Fara memuat naik tangkapan layar dipercayai perbualan mesej WhatsApp yang dikirim oleh Shuk mengatakan rakan-rakannya itu tidak mengutuk isterinya.

“Tak ada siapa pun menganjing kau b*bi,” tulisnya.

Shuk Sahar

Sementara itu, berdasarkan pemerhatian XTRA di media sosial Threads, Fara mendedahkan Shuk pernah bercerita buruk mengenainya kepada rakan-rakan tersebut.

Dalam platform media sosial sama, Fara berkata dia mahu Shuk berjumpa dengan rakan-rakannya itu untuk mempertahankannya namun permintaannya itu ditolak oleh pelawak sensasi tersebut.

“Saya nak dia dengar cakap saya sebab saya ajak suami saya jumpa kawan kawan dia depan depan, tapi dia tolak, halau dan kata kawan kawan dia tak buat macam tu.

“Lepas tu suami saya plak menganjing saya dalam text kata “ok kejap i marah dorg” “ok i dah marah dorg dah” think am a kids? kenapa tak tegur mereka depan aku?,” tulisnya membalas soalan seorang warganet.

Shuk Sahar

Sekadar info, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga sekitar November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Kongsi Pengalaman Umrah, Shuk Sahar Dedah Lidah Kelu Tak Dapat Berdoa Ketika Tawaf Pertama – “Kalau Dulu, 5 Hari Bekerja, Seminggu Sekali Solat Pun Susah”

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nama Di Banned, Shuk Sahar Tak Malu Mengaku Pinjam Duit Kawan – “Saya Memang Akan Ingat Nama-Nama Ni”

Artikel Berkaitan: Selepas Sahkan Sudah Nikah, Fara Salleh Kongsi Video Shuk Sahar Buat Pertama Kali Di IG – “Happy Birthday Dear Husband”

Artikel Berkaitan: “Ya, Saya Dah Berkahwin Pada November Lalu” – Nikahi Fara Salleh, Shuk Sahar Serik Kongsi Kisah Peribadi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 6 Apr 2020

Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Pergh! Siapa dah tengok episod ni, memang power lah dik!

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

FARID KAMIL MASUK MAHKAMAH ESOK?

Datuk Farid Kamil turut memberitahu bahawa, beliau akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya dan meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya itu

Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Dayangku Intan Beri Inspirasi Buat Golongan Wanita

Semoga Dayangku Intan dan Suami berada dalam keadaan sihat seperti sediakala

Featured Fri, 10 May 2024

“Mungkin Lepas Ni Saya Hidup Single”- Datuk Red Anggap Tiada Harapan, Reda Jika Bercerai Dengan Isteri Pertama

Allahu, kesian pula kat Datuk Red. Moga semua urusan Datuk dipermudahkan ya!

error: Content is protected !!