Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2024 @ 2:35pm

Kongsi Pengalaman Umrah, Shuk Sahar Dedah Lidah Kelu Tak Dapat Berdoa Ketika Tawaf Pertama – “Kalau Dulu, 5 Hari Bekerja, Seminggu Sekali Solat Pun Susah”

Selebriti sensasi, Shuk Sahar mengaku kontroversi lalu membuatkan dirinya kini lebih menghargai kehidupan.

Berkongsi beberapa perkara menakjubkan yang berlaku sepanjang pertama kali menunaikan umrah, Shuk menjelaskan, ia adalah suatu perkara yang mustahil berlaku namun tidak dengan izin Allah SWT.

Kata Shuk menerusi temu bual bersama Dol’s Podcast, ketika kontroversi melibatkan rumah tangganya tular sehinggalah namanya turut di banned, pelbagai bidang perniagaan terpaksa dilakukan demi kelangsungan hidup namun tidak berjaya.

Sehinggalah, pada suatu ketika dia menerima tawaran untuk melakukan ‘review’ pakej umrah dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.

“Dulu kalau cakap pasal solat, selalu aku lima hari bekerja, nak jumpa seminggu sekali aku solat pun susah.

“Tapi sekarang ni, bila setiap hari aku solat lima waktu.. seminggu sekali je aku bekerja dan aku rasa lebih lapang.

“Ini cerita real tau…satu hari aku balik dari Singapura dalam van, masa tu dengan kawan aku. Dalam van tu kami sempat cakap jom pergi umrah, masa tu kawan aku kata jom pergi umrah dalam bulan 7 ni, masa tu aku cakap dekat dia ‘takpelah, tak ada duit lagi’. Bila abang van tu cakap ‘tanam je dalam hati Inshaa-Allah ada rezeki tu nanti’.

“Jadi bila abang tu cakap, aku balik. Dan selang empat hari aku dapat call untuk review umrah. Dan umrah tu ditanggung termasuklah videographer aku. Masa tu kami dalam lima orang, pergi umrah,” katanya.

Menyifatkan dirinya bertuah kerana berpeluang menjejakkan kaki keTanah Suci,  Shuk bagaimanapun menjelaskan pertama kali melihat Kaabah, lidahnya berasa kelu sehinggakan dia sendiri tidak dapat menggambarkan perasaannya pada ketika itu.

Malah, dia juga berpeluang masuk ke dalam Raudhah sebanyak lima kali tanpa gangguan.

“Itulah pertama kali bila aku sampai dan aku tengok Kaabah kelu lidah, menitik air mata aku. Dan aku tak pernah rasa perasaan tu.

“Tapi kejadian yang aku rasa tak pernah share lagi dengan orang, ini adalah kali pertama aku tawaf. Aku tak boleh minta apa-apa. Lidah aku kelu.

“Masa tu, kami start di Turki dulu, sebab masa tu trip dia Turki, Madinah, Makkah. Jadi bila di Madinah, dan ketika itu aku dan videographer aku satu-satunya orang dapat masuk Raudhah lima kali. Sedangkan Raudhah masa tu kalau nak masuk kena ada aplikasi dan kena ikut tarikh yang ditetapkan.

“Tapi nak dijadikan cerita, sebab aku terlampau excited sebab orang cerita suruh minta apa sahaja ketika berada di Raudhah dan Inshaa-Allah doa itu akan dimakbulkan. Jadi, masa dekat Raudhah tu aku menangis sehabisnya aku cakap memang aku banyak buat salah, banyak dosa dan aku mengaku aku tak ada apa-apa.

“Dan masa aku tawaf round pertama tu, kelu lidah nak minta sama macam apa yang aku doa dekat Raudhah tak boleh. Dalam hati aku tanya juga kenapa? Jadi aku sebut je ‘Ya Allah aku bertaubat’ sampai kata-kata mutawwif pun masa tu aku rasa bingit.

“Masa tu aku menangis dan kawan aku datang pujuk kemudian aku buat tawaf yang kedua baru dapat minta,” jelasnya.

Di akhir perbualan, Shuk juga memaklumkan sebaik tiba di Malaysia, dia kembali kepada rutin hariannya iaitu dengan muncul di live TikTok untuk menjual serum miliknya.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan adalah, dia berjaya meraih pendapatan sebanyak RM10,000 hasil dari jualan serumnya sehari.

“Nak dipendekkan cerita, aku balik Malaysia,  aku buat live dan first live aku walaupun benda ni nampak miracle ke apa, 65 botol first live sejam serum aku terjual. Dan sehari aku buat total sale adalah dalam RM10,000. Sampai satu ketika, masa tu aku buat live lepas solat subuh, aku dapat jual 120 hingga 130 serum,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Masalah Anxiety…Diana Danielle Tak Bergantung Dengan Ubat?

Alhamdulillah…semoga terus sihat DD!

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Asha Ikut Jejak Kakak, Berjinak-Jinak Dalam Dunia Lakonan

Siapa sangka selain dua adik beradik pelakon Risteena dan Ruhanies, rupa-rupanya ada seorang lagi adik mereka, Asha Zainul yang mula mengikut jejak yang sama…..

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Featured Mon, 20 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Keluarga Dedah Keadaan Sebenar Glenn Fredly Sebelum ‘Pergi’

RIP Glenn Fredly. Terima kasih atas nota muzika yang penuh cinta

error: Content is protected !!