Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 7, 2024 @ 5:05pm

“Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Perkongsian terkini, penyanyi dan selebriti Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas memuat naik status meluahkan rasa berang terhadap seorang individu.

Menerusi hantaran itu, Adira seakan memberi amaran kepada individu berkenaan yang didakwa telah melemparkan tuduhan sehingga mengkritik dirinya jahat.

Dalam pada itu, Adira membidas individu tersebut untuk tidak membuat cerita seolah-olah mengatakan dia adalah mangsa keadaan dan berhati mulia, sedangkan sebaliknya.

“Kalau nak cerita pasal saya yang terpaling jahat, tak kisah. Tapi, jangan lupa cerita jahat kau juga.

“Jangan juga kau yang terpaling tersakiti. Kau la mangsa, semua kau la,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu popular Ilusi ini berkata dia sudah lama berdiam diri.

“Awassss!!! Lama juga sudah saya diam ni. Jangan berani di belakang kalau berani depan-depan saya. Tiberrr!,” tulisnya.

Adira Suhaimi

Sebelum ini, konflik rumah tangga Adira bersama suaminya, Datuk Red menjadi perbualan ramai.

Adira menjelaskan dia bernekad untuk berpisah selepas tidak ada persefahaman lagi dengan suami.

Dalam masa yang sama, madunya, Datin Red turut memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Mengakui kesal bakal kehilangan dua isteri, Datuk Red bagaimanapun tetap mahu mempertahankan kedua-dua rumah tangganya.

Jelasnya, penceraian yang difailkan oleh Adira dan Datin Red berlaku secara kebetulan, bukan sepakat.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala, perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama, Datin Red dikurniakan seramai lima orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penceraian Jalan Terbaik, Adira Suhaimi Mahu Berpisah Dalam Keadaan Tenang & Matang – “Saya Tak Nak Bergaduh”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Di Mahkamah, Hantaran Datin Red Cetus Tanda Tanya – “Ya Allah, Bolehkah Aku Minta Bahagian Kebahagiaanku”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Jan 2020

3 More Wuhan Virus Cases Reported, Bringing A Total Of 7 In Malaysia

This is getting more worrying! Stay protected people!

Trending Wed, 22 Aug 2018

Bertumit Tinggi Dan Berbulu Mata Palsu, Fieyna Tajudin Pesilat Wanita Paling Stail!

Wanita dalam persalinan penuh gaya lengkap berhijab, bertumit tinggi dan berbulu mata palsu beraksi persis srikandi!

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

“Babi Punya Kontraktor!” -Che Ta Mengamuk Rumah Tak Siap

Mana tak marah kalau dah dua tahun tunggu??

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Apa Nabila Buat Untuk Tiru Che Ta?

OMG…sama sungguh ni!

Trending Mon, 19 Apr 2021
Events Sun, 24 Mar 2019

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短性取向遭怀疑?

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短,性取向曾一度遭人怀疑,让她大喊“我是喜欢男生的啦!”

Featured Tue, 29 Jul 2025
Events Wed, 17 Jan 2018

MENARIK! ELEMEN FESYEN DALAM TROFI AJL32?

Dengan tema Fesyen Dan Muzik. Evolusi Ekspresi dan Identiti bakal menampilkan sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2017

error: Content is protected !!