Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2024 @ 3:57pm

[VIDEO] Penceraian Jalan Terbaik, Adira Suhaimi Mahu Berpisah Dalam Keadaan Tenang & Matang – “Saya Tak Nak Bergaduh”

Penyanyi dan selebriti, Adira Suhaimi tetap dengan keputusannya untuk bercerai dengan suami, Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Meskipun suaminya berusaha untuk berbaik semula, Adira tetap merasakan bercerai adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk rumah tangganya.

Namun begitu, pelantun lagu Takdir Tercipta ini menjelaskan dia tidak mahu berpisah dalam keadaan tidak baik atau sedang bergaduh.

“Buat masa sekarang, itu (bercerai) adalah satu-satunya jalan yang saya nampak.

“Saya percaya pihak suami mahu berbaik, tapi macam yang saya katakan jalan yang saya nampak adalah berpisah.

“Selagi belum bercerai, dia masih lagi suami saya. Tapi kami tahu jaga jarak, kami tahu tujuan kami setakat ini sampai mana,” katanya.

Dalam pada itu, Adira berkata dia tidak menghalang hak suaminya untuk menjenguk anak-anak mereka.

“Saya tak nak bergaduh. Meski kami akan bercerai namun saya tak akan hadkan hubungan suami dengan anak-anak.

“Kami masing-masing tak selalu ada di rumah.. jadi dia datang jenguk anak. Saya tak menghalang untuk dia tidur di rumah, atau balik ke rumah kami… selagi dia masih status suami.

“Macam mana pun, dia ayah kepada anak-anak dan mereka perlukan bapa. Saya nak berpisah secara tenang, dan matang tanpa sebarang gangguan,” katanya lagi.

Adira berkata demikian ketika ditemui di program Zumba bersama Nora Danish dan Elisya Sandha, di Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Meskipun diuji dengan kemelut rumah tangga, namun jelas ibu anak empat ini dia tidak mahu menunjukkan emosi buruk kepada anak-anak.

@xtra_my

Adira Suhaimi tekad untuk bercerai dengan Datuk Red.. Kita doakan yang terbaik untuk mereka #fyp #xtramy #adirasuhaimi #adira #sembangentertainment #datukred #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Apa yang saya tonjolkan di media sosial itu adalah benar diri saya, tak ada nak jadi fake, pura-pura bahagia.

“Penting sangat untuk saya sebagai ibu kepada empat orang anak untuk menunjukkan perkara yang baik-baik saja.

“Kita perlu gembira saja untuk mengajar emosi anak-anak. Nak tak nak kena kuat, bijak mengatur langkah sebab ada nyawa yang kita kena jaga.

“Untuk melayan benda yang remeh dan tak elok tu, selamat tinggal.

“Kalau hati seorang ibu tak senang, anak-anak akan dapat rasa juga melalui layanan terhadap mereka,” akhirnya.

Terdahulu, Adira telah memfailkan perceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red pada 25 Oktober lalu.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 5 Mac 2024 bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

Artikel Berkaitan: Akui Tak Tinggal Sebumbung, Adira Suhaimi Tak Halang Datuk Red Jumpa Anak Anak …Tekad Mahu Bercerai

Artikel Berkaitan: “Diam Bukan Bererti Pengecut Tapi Pilih Waktu Tepat Untuk Berbicara” – Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Kes Cerai Adira Suhaimi, Datuk Red Mengaku Masih Sayang Isteri & Mahu Pertahan Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Mar 2025
Hiburan Thu, 27 Feb 2025

“Teringin Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz” – Fizz Fairuz

Menurut Fizz, ibu bapa perlu lebih peka dalam mendidik anak-anak yang sejak kecil.

Featured Thu, 17 Apr 2025
Hiburan Sat, 13 Jul 2019
Trending Tue, 29 Jan 2019

McDonald’s Celebrates Chinese New Year by Visiting Over 60 Old Folk’s Home

That’s how one should showcase the true meaning of Prosperity.

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

‘Please…Not Now’ – Ezlynn

Ezlynn nak ‘rehat’?

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Tekanan Darah Cecah 170 Jadi Penyebab Ifa Raziah Pengsan… Ditahan Di Hospital Untuk Jalani Rawatan

Menurut suami Ifa Raziah, tekanan darah isterinya yang tinggi menjadi punca pengsan.

Trending Tue, 17 Sep 2019

Iras wajah Lisa Surihani, Polis PBB ini buat tulang rusuk bergetar!

Hikma Nursya, buktikan wanita cantik hebat!

error: Content is protected !!