Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin June 30, 2018 @ 10:22am

Ayuh! Hangatkan Segalanya Bola Bersama Moh Skor

Pastinya segalanya bola! Demi menghimpunkan semangat bola rakyat Malaysia dan menghangatkan musim piala dunia, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah menganjurkan Karnival Moh Skor yang dijalankan pada 30 Jun 2018, Sabtu, bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur.

Aktiviti tumpuan Karnival Moh Skor kali ini adalah, forum Borak Bola yang bertajuk ‘Harimau Malaya ke Piala Dunia’. Forum ini membariskan Rezal Zambery, Datuk Ong Kim Swee, Kevin Ramalingam, Abu Bakar Atan, dan wakil Parlimen Setiawangsa, YBhg. Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai panel. 

Kelainan Borak Bola ini adalah untuk merangkumkan hasil perkongsian pandangan dan pendapat melalui pengalaman setiap panel. Dan, forum ini juga turut ditayangkan melalui siaran secara langsung di laman Youtube TV9.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, Karnival Moh Skor ini diadakan sebagai tanda sokongan Media Prima sempena Piala Dunia yang berlangsung di Moscow, Rusia

” Media Prima Berhad sentiasa menyokong perkembangan dunia sukan negara dan antarabangsa. Oleh itu, Karnival Moh Skor ini diadakan sebagai tanda sokongan kepada Piala Dunia yang sedang berlangsung di Moscow, Rusia. Selain penampilan khas daripada personaliti-personaliti bola sepak ternama negara, Rezal Zambery dan Datuk Ong Kim Swee akan turut serta dalam sebuah forum yang membincangkan topik, ‘Harimau Malaya ke Piala Dunia’ bersama Kevin Ramalingam, Abu Bakar Atan, dan YBhg Nik Nazmi Nik Ahmad. Selain forum ini, pertandingan 3 lawan 3,  juara timbang bola, dan pertandingan e-sukan melalui Play Station 4 merupakan antara aktiviti menarik yang akan berlangsung pada hari tersebut. Oleh itu, semua peminat bola sepak, dijemput hadir memeriahkan karnival ini.” Katanya

Aktiviti lain yang akan berlangsung serentak dengan forum tersebut adalah pertandingan bola sepak 3 lawan 3, aktiviti free kick, dan cabaran cross bar. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan personaliti seperti Akmal Rizal, Azman Adnan, N.Thanabalan, Faiz Subri, Anim Ezati, dan ramai lagi selebriti terkenal. 

Ini antara momen yang sempat dirakam pada Karnival Moh Skor kita. Cayalah dik!

 

Jadi, apa tunggu lagi! para pemenang yang berjaya juga berpeluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5K! Dan, yang paling penting sekiranya anda salah seorang pengunjung yang hadir ke Karnival Moh Skor jangan lupa hashtag #SegalanyaBola disetiap gambar-gambar anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Hmm, banyak isu kan antara founder, agent dengan stokis ni? Apapun tuan badan dah tampil jelaskan

Featured Wed, 23 Mar 2022

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Alhamdulillah, seronok rasa mendengar kata-kata Nabil, penuh makna yang mendalam.. 🥺

Featured Fri, 17 Jun 2022

Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Alamak unsur apa yang diragukan tu? 😥Semoga kes dapat dirungkaikan dengan cepat dan keluarga Allahyarham dapat menuntut keadilan yang sewajarnya ❤️

Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

error: Content is protected !!