Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2023 @ 4:11pm

“Tak Perlu Nak Acah Lebih Tahu!” – Isu Gugur Kandungan, Nurul Shuhada Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang… Dakwa Individu Bukan Pemilik Akaun Palsu

Susulan dakwaan menggugurkan kandungannya sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjelaskan dia akan mempertahankan dirinya daripada individu tersebut.

Menurut Shuhada, dia dan pasukannya termasuklah pihak peguam sedang mengenal pasti siapakah gerangan individu terbabit.

Memetik laporan Berita Harian, dia menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang susulan isu tersebut.

“Ya, saya dan pasukan sedang mengenal pasti siapa individu ini. Saya memang tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang, malah saya sudah bincang dengan peguam.

“Individu ini komen dalam IG, saya hanya boleh padam sahaja. Tetapi, individu ini komen di tempat awam yang memang semua boleh nampak fitnah dilemparkan,” katanya.

‘Akaun yang digunakan bukanlah akaun palsu’

Mengulas lanjut, Shuhada juga mengaku kecewa dengan dakwaan yang menghambat dirinya sekaligus menyifatkan akaun yang digunakan oleh individu tersebut bukanlah akaun palsu.

“Saya merasakan itu bukan pemilik akaun palsu, memang ada pemilik. Jadi saya akan ambil tindakan.

“Saya kesal. Mereka tidak tahu apa yang terjadi, tetapi ada hati nak komen sebegitu,” jelasnya.

Mahu hidup tenang

Sementara itu, Shuhada berkata, dia mengimpikan hidup yang tenang  kerana fokusnya kini adalah untuk mencari rezeki.

“Saya nak hidup tenang tanpa kacau orang lain. Saya harap orang lain pun boleh hormat saya nak cari rezeki untuk anak-anak dan tak perlu nak acah lebih tahu, walhal hanya saya melaluinya,” ujarnya.

Terdahulu, Shuhada menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi tangkap layar komen yang diberikan individu yang dikenali sebagai @by_zandra yang mendakwa dia sengaja menggugurkan kandungannya dengan mengambil makanan tambahan yang tidak sesuai.

 

Sumber: Berita Harian, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Trending Fri, 5 Oct 2018
Events Wed, 22 Feb 2023
Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Trending Sat, 28 Nov 2020
Hiburan Fri, 31 Jan 2025

Zara Zya Akui ‘Malas’ Nak Berkenalan Dengan Orang – “Ada Orang Nak Jodohkan, Tapi…”

Zara Zya akui malas nak berkenalan, lebih selesa jaga hati sendiri

error: Content is protected !!