Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 23, 2022 @ 8:00pm

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad masih terkejut dan terharu apabila penyanyi Asfan Shah mendedahkan dia mula terdetik untuk berhijrah selepas menonton video kisah penghijrahannya.

Mengulas lanjut mengenai berita itu, Nabil acap kali memaklumkan usaha dakwahnya adalah untuk mencari keredaan Allah SWT dan dia hanya menjadi asbab sahaja untuk seseorang berhijrah kerana menurutnya, hidayah adalah sepenuhnya milik Allah SWT.

“Subhanallah, kita ni buat apa pun kita tidak tahu kan, kita cuma nak mendapatkan reda Allah SWT.

“Orang lain yang dapat reda Allah bukan daripada kita, tetapi semuanya daripada Allah. Saya hanya menjadi asbab sahaja untuk dia berubah.

“Tetapi hidayah ini 200 peratus datang daripada Allah SWT, walau dari mana pun dia tengok video penghijrahan ulama lain atau video Saharul ke, tak ada sedikit pun dari apa yang kita buat kerana kami cuma nak dapat reda Allah SWT saja.

“Usaha dakwah kami hanya untuk mencari reda Allah yang Maha memberi hidayah hanya Allah SWT,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Perasaan Saya Awalnya Berbolak-Balik.. Sehinggalah Terjumpa Video Penghijrahan Nabil Ahmad” – Asfan Shah

Tambah Nabil, dia mengakui pada suatu masa dahulu dia pernah terpalit spekulasi yang mempertikaikan orang yang baru sahaja berhijrah, namun kini pelawak terkenal itu memberitahu dia sangat bahagia apabila mendengar cerita mengenai rakan-rakan selebriti yang turut sama berhijrah.

“Tapi bila kita dengar cerita hijrah sahabat dan rakan-rakan selebriti tak kisah la daripada mana pun perjalanan hijrah mereka, saya cukup rasa bahagia.

“Inilah satu-satunya usaha yang kalau dulu saya melihat orang berjaya berhijrah, saya ada spekulasi mengenai macam mana orang itu boleh berubah sedangkan dia bukan bagus sangat.

“Tetapi mungkin kerana kami ada pemikiran yang risau akan dunia yang sama ini jadi saya pun berasa kejayaan orang lain itu adalah kejayaan saya juga dalam usaha berdakwah,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis perasmian HumanGang Steakhouse di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), kolaborasi bersama Saharul Ridzwan sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by H U M A N G A N G (@humangang.co)

Sementara itu, apabila disoal mengenai bagaimana permulaan kolaborasi antara Nabil dan Saharul, mereka percaya bahawa ini adalah satu rezeki yang tidak disangka-sangka telah dikurniakan daripada Allah SWT.

Menurut Nabil dan Saharul, sepanjang bergelar anak seni mereka tidak pernah mempunyai peluang bekerjasama dalam lakonan ataupun mengacara, lantaran itu restoran steakhouse ini adalah kolaborasi pertama mereka yang tidak pernah dibayangkan.

“Sebenarnya HumanGang ni boleh dikatakan secara tiba-tiba ada dan saya menganggap ini adalah suatu rezeki yang besar Allah SWT berikan kepada saya. Saya tak pernah terfikir untuk ada satu restoran dan ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan Nabil,” kata Saharul.

“Betul. Sebelum ini kami tak pernah berlakon atau ada acara bersama. Apabila kami mula keluar bersama-sama dalam usaha belajar agama, Allah SWT mengurniakan rezeki yang sama buat kami dan kami sangat bersyukur,” tambah Nabil pula.

Restoran HumanGang Steakhouse menyajikan makanan stik bersama gabungan sos asli citarasa rakyat Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan.

HumanGang Steakhouse telah membuka cawangan pertama mereka yang bertempat di Taman Tun Dr. Ismail (TTD) dan beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Ahad, mula pada jam 11 pagi sehingga pukul 11 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Nov 2022

“I Win Tonight!” – Bertemu Bintang Popular Thailand, Daiyan Trisha Undang Rasa Cemburu Peminat

Sudah pasti ramai yang mengetahui pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sering kali berjumpa dan berkongsi foto bersama pelakon-pelakon antarabangsa. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Daiyan di laman TikTok sehingga sekali lagi berjaya […]

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Wed, 6 May 2020

Petua elak kaki udang bertukar hitam apabila dimasak

Bila udang bersih, nak buat tomyam pun sedap

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

BLACKPINK Duet Bersama Dua Lipa, Peminat Kpop Pastinya Teruja

Lagu berjudul Kiss And Make Up ini adalah hasil pertemuan mereka ketika berada di Seoul, Korea

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

Euwww…Perhatikan Wajah Korang Secara Teliti, Ada Tak BENDA Ni?

Perhatikan makanan yang korang ambil setiap hari. Lihat kuantiti minyaknya, itu juga salah satu faktor mengapa blackhead atau whitehead ‘menggila’.

Featured Wed, 6 Nov 2024

Bell Ngasri Berseloroh, ‘Warning’ Fattah Amin Minta Nyanyi Live Tanpa Guna Mikrofon – “Kalau Nyanyi Tak Sedap Pun, Orang Tak Marah”

Meskipun tidka menyebut nama mana-mana pihak, namun netizen berasa kurang senang dengan tidnakan Bell.

Featured Thu, 16 Apr 2026

“Saya Tak Lagi Bertolak Ansur Dengan Perkara Yang Tak Selesa Hanya Untuk Sesuaikan Diri” – Syamim Farid

Syamim Freida mengakui, dia kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Featured Tue, 26 Jul 2022
error: Content is protected !!