Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 6, 2024 @ 1:48pm

Bell Ngasri Berseloroh, ‘Warning’ Fattah Amin Minta Nyanyi Live Tanpa Guna Mikrofon – “Kalau Nyanyi Tak Sedap Pun, Orang Tak Marah”

Pelawak dan pelakon,  Bell Ngasri mencuri perhatian selepas dia digandingkan bersama aktor, Fattah Amin menerusi sesi siaran langsung yang diadakan di TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tular, Bell dan Fattah  sedang mempromosikan produk suplemen atau makanan tambahan kepada warganet.

Namun,  apa yang mencuri perhatian adalah ketika Bintang Paling Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) itu memberi peringatan kepada Fattah agar tidak memakai mikrofon memandangkan orang tidak akan marah sekiranya suara pelakon itu sumbang dan sebagainya.

“Ada ramai yang nak suruh kau nyanyi, nyanyi live betul-betul depan mereka. Tak ada pakai mikrofon, nyanyi live. Nyanyi teruk pun tak apa, jangan pakai mikrofon… nyanyi teruk pun tak guna.

“Kau nyanyi live, tak sedap pun orang akan terima, Insya-Allah,” katanya.

Walaupun tidak memetik nama mana-mana pihak,  namun ramai dalam kalangan netizen berasa kurang senang dengan tindakan Bell yang dilihat seakan-akan memerli video nyanyian Fazura yang dikatakan sumbang.

Malah, sedar dengan gurauan pelawak itu, rata-rata netizen tampil memberikan respons terhadap kenyataan tersebut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Mar 2021
Featured Mon, 26 Jul 2021

“Nampak Murah, Tak Ada Bajet Ke..” – Chef Wan, Che Ta Kritik Penampilan Kontinjen Malaysia Di Olimpik

Pembukaan sukan Olimpik di Tokyo baru baru ini berjaya mencuri perhatian dunia. Tidak ketinggalan adalah kontinjen Malaysia yang turut sama muncul pada majlis pembukaan di Tokyo baru-baru ini. Namun begitu, busana yang digayakan oleh atlet […]

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Stay Warm and Dry in this Cold Weather in Timberland’s New Parkas and Jackets

It’s a good investment because Timberland’s jackets really do last long.

Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Fri, 28 Mar 2025

‘Anugerah Hati’ Dedikasi Suki Low Buat Anak Autisme

Suki Low berbesar hati dapat mempersembahkan ‘Anugerah Hati’, sebuah lagu yang didedikasikan kepada kanak-kanak autisme.

error: Content is protected !!