Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2026 @ 11:23am

“Ini Perkara Di Luar Jangkaan” – Syed Saddiq Akur Penangguhan Keputusan Pembebasannya

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan penangguhan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

Keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini ditangguhkan pada 13 Julai 2026 berikutan faktor kesihatan salah seorang hakim sekali gus mengubah jangkaan semua pihak yang hadir di mahkamah berhubung keputusan akhir pembebasannya.

Jelasnya, beliau menghormati keputusan berkenaan dan menegaskan aspek kesihatan perlu diberi keutamaan, terutama apabila membabitkan institusi kehakiman.

“Isu kesihatan perlu patuh, hormat khususnya melibatkan institusi kehakiman.

“Seperti saya kongsikan sebenatr tadi, dalam perbincangan dengan para peguam memang ini perkara diluar jangkaan tapi apabila melibatkan isu kesihatan kita pelru patuh dan hormat khususnya apabila melibatkan institusi kehakiman,” katanya.

Terdahulu, keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq ditangguhkan berikutan seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.

Perkara itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais di awal prosiding pada jam 9.30 pagi tadi, iaitu satu-satunya hakim yang menghadiri prosiding ini.

Sebelum ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan, di mana sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadap bekas menteri itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, salah guna harta secara tidak jujur dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ARMADA.

Terdahulu, Syed Saddiq tiba di mahkamah pada jam 8.50 pagi, diiringi ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz bersama dengan tunangnya, Bella Astillah.

 

Sumber: Kosmo, Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 May 2023
Featured Wed, 10 Sep 2025

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Inul kembali dengan goyang gerudinya pada konsert Disember ini!

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Memang Saya Pelawak, Tapi Soal Zuriat Saya Serius!

Soalan macam itu tak perlu ditanya pun tak apa. Tunggu saja berita gembira kalau orang tu nak beritahu. Jaga perasaan pasangan itu.

Featured Fri, 22 Jul 2022

[VIDEO] “Bainun 2.0!” – Dera Budak 4 Tahun Guna Batang Penyapu, Pengasas Produk Kena Reman 7 Hari

Allahuakbar… Apalah dosa anak kecil tu sampai sanggup lakukan begini.. Difahamkan Alia tak sampai setahun diambil sebagai anak angkat olehnya.. Apapun, segalanya kita serahkan pada pihak polis. #JusticeforAlia

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Fri, 24 Jan 2025
Featured Wed, 17 Jul 2024

Rita Rudaini Mohon Terbit Podcast Berilmu, Penggunaan Bahasa Kasar & Isu Sensitif Bukan Perkara Remeh – “Biar Santai Tapi Bagi Impak Positif”

Min Setuju 💯. Biarlah podcast yang diterbitkan tu memberi banyak input untuk penonton. Beru cenggini👍👍👍

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
error: Content is protected !!