Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 10, 2025 @ 10:36am

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista, 46, tidak dapat menyembunyikan rasa dukanya terhadap situasi yang melanda tanah air tercinta.

Inul atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah berkata, kemelut politik yang berlaku di Indonesia bukan sahaja menjejaskan orang ramai, malah turut memberi kesan besar terhadap perniagaan yang diusahakannya.

“Situasi yang melanda Indonesia kini turut membuatkan saya sedih kerana banyak perkara yang terjejas termasuk perniagaan. Saya mempunyai lebih 5,000 pekerja yang turut terkena tempias disebabkan demonstrasi.

“saya tidak ikut berdemo tetapi mengambil mengikuti perkembangan semasa apa yang sedang berlaku termasuk keadaan politik di Indonesia.

“Keadaan terkini semakin menunjukkan positif dan kembali reda. Harapnya semuanya kembali aman dan urusan harian dapat kembali normal,” katanya.

Inul berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai sidang media pengumuman Konsert Inul Daratista Live in Malaysia ‘Millenial Dangdut Nusantara’, di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam masa sama, penyanyi yang popular dengan goyang gerudi itu turut menzahirkan simpati kepada rakan-rakan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang terpalit dengan isu berkenaan.

“Saya sendiri rasa serba salah, kerana mereka yang terlibat adalah kenalan. Ada di antara yang sudah digantung tugas dan dipecat.

“Semoga ini menjadi pengajaran untuk semua dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Doakan Indonesia kembali aman,” jelasnya.

Kembali dengan konsert di Malaysia selepas 20 tahun

Mengulas mengenai konsertnya yang bakal berlangsung di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 6 Disember ini, Inul meluahkan rasa teruja untuk kembali beraksi di pentas besar terutamanya di Malaysia yang juga sudah dianggap sebagai rumah keduanya selepas hampir 2 dekad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @suaraspaceofficial

“Saya sangat senang dapat kembali membuat persembahan di Malaysia selepas hampir 20 tahun tidak beraksi di pentas besar. Kali terakhir saya berada di Malaysia sebagai juri Maharaja Lawak Mega 2019.

“Jadi apabila dilamar, saya tidak menunggu lama untuk buat keputusan, terus bersetuju. Tambahan pula dapat berkasi dengan kawan lama saya, Amelina dan anak didik saya, Baby Shima.

“Sudah tentu saya akan belanja goyang gerudi yang menjadi ‘trademark’ sejak awal pembabitan saya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Apr 2019

Dua Helikopter Bertembung Dekat Gunung Everest

“Pesawat itu jatuh ke arah helikopter ketika berlepas dan bertembung dengan dua helikopter.”

Trending Thu, 23 Aug 2018

整容般的化妆技术「大婶一秒变女神」

市面上除了有越来越多厉害的化妆品外,女孩们的化妆术也更强大啦!近日在抖音上又有一用户放了堪称整形前后对比的美妆影片,这到底有多厉害呢?

Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Sufian Suhaimi Dirisik Orang Seberang?

Saya amat tertunggu-tunggu untuk masuk ke pasaran Indonesia. Sekiranya perbincangan bersama pihak syarikat rakaman di sana lancar, ini mungkin peluang terbaik untuk saya memasuki pasaran sana.

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] “Jenis Nak Bagi Tahu Satu Dunia Dia Suka…” – Panggil Anna Jobling ‘Yang’, Netizen Meluat Dengan Meerqeen?

Agaknya selalu sangat Meerqeen dengan Anna Jobling sweet sampai bersemut timeline netizen tu 🤣 Jealous kott 🤭🥵

Trending Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Fri, 2 Aug 2024
error: Content is protected !!