Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2025 @ 12:09pm

“Saya Keluar Rumah Bersolek Pun Tak” – Alha Alfa Tepis Dakwaan Lelaki Tak Sesuai Pakai Makeup

Jurusolek dan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberi penjelasan selepas menerima komen negatif daripada segelintir individu yang mempertikaikan golongan lelaki memakai solekan.

Menerusi hantaran di Threads,  Alha atau nama sebenarnya Datuk Alha Alfa Ahmad, menegaskan, dia hanya mengenakan solekan ketika bekerja ataupun terlibat dalam mana-mana penggambaran sama seperti pelakon dan artis lain  dan bukan untuk tujuan peribadi.

“Guys tiba-tiba ada orang tarik saya pula pasal lelaki bermakeup. Saya keluar rumah bermakeup pun tak guys.

“Saya pakai makeup untuk shooting dan photoshoot macam normal pelakon-pelakon, artis-artis lain makeup.

”Saya makeup pun tak tunjuk tutorial guna produk saya je,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Alha mengakui dia tidak pernah berpenampilan berlebihan di khalayak ramai, apatah lagi dengan solekan tebal seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Dekat luar tak pernah lagi saya keluar pakai eyeshadow, lipstick ke apa.

“Saya cuma ajar teknik apply produk, bukan tunjuk gaya nak bermakeup ke mana-mana,” katanya.

Jelasnya, warganet seharusnya lebih terbuka dan tidak bersikap berat sebelah terhadap lelaki yang bekerja dalam industri kecantikan.

“Kau orang pun, nak kutuk-kutuk saya tapi brand makeup pakai Patrik lah, Nars lah, Tomford lah, YSL pakai, Dior pakai… Itu semua founder lelaki tau.

“Saya ajar teknik apply produk. Jangan biased please,”ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Feb 2023

Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Haa, tak baik tau fitnah. ND Lala bahagia je sambut anniversary ke-35 tahun dengan isteri 🤩🤩

Featured Thu, 19 Mar 2020
Trending Mon, 15 May 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

Hiburan Sat, 16 Nov 2024
error: Content is protected !!