Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 24, 2024 @ 5:23pm

Bawa Aura Disko & Pesta Dalam ‘A Time Travel Diskoria With A Special Guest Sheila Majid’ Pada 14 Jun Ini!

Mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat bergoyang dan ingin berdansa.

Lebih mengujakan! pelopor muzik disko lokal Indonesia, DISKORIA yang sedang hangat dengan single terkini, Badai Telah Berlalu (bersama Bunga Citra Lestari & Laleilmanino) bakal mempersembahkan karya mereka secara langsung buat peminat di Malaysia!

Dan itulah yang akan ada nikmati di Zepp Kuala Lumpur pada tarikh 14 Jun 2024 ini!

Kolaborasi MY Deteksi dengan penganjur bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia bakal membawakan satu-satunya konsert yang akan dibanjiri genre muzik disko nan ‘dilarang putar di disko’ menerusi A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID.

“Ucapkan selamat datang kepada DISKORIA yang akan menyebarkan aura disko dan pesta dalam A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID pada 14 Jun 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

“Selaku penganjur kami di MY Deteksi bersama Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia malah berbesar hati dan berasa terhormat di atas persetujuan lengendaris Datuk Sheila Majid sebagai penampilan khas.

“Mana tahu bagaimana konsert berlangsung kelak saat DISKORIA ‘berpesta’ dan Sheila Majid menjadi ‘bumbu khas’, jangan lewatkan pertemuan bersama mereka dalam konsert ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada JEMPUT DENGAR yang akan menjadi artis pembuka konsert ini,” kata Shafika Mazlan dari MYdeteksi.

Pertama kali berkongsi pentas bersama Sheila Majid, anggota DISKORIA, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berharap agar A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID mencipta magis dan membawa masa silam hadir ke dunia masa kini menerusi persembahan mereka.

“DISKORIA sangat senang dijemput hadir ke Malaysia dan apa lagi di konsert perdana kami nanti yang menjadi tamu spesialnya adalah the one and only Datuk Sheila Majid.

“Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini,” ujar duo tersebut.

Anda boleh dapatkan tiket menerusi www.myticket.asia segera!

Harga tiket bermula dengan Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) BADAI PASTI BERLALU (RM320).

Sampai jumpa di A TIME TRAVEL DISKORIA WITH A SPECIAL GUEST SHEILA MAJID di Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun 2024 ini!

Diskoria

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Perkahwinan David-Victoria Mula Goyang?

Pasangan selebriti popular yang berkahwin hampir 20 tahun itu dilaporkan sudah lama berdepan dengan masalah perkahwinan namun keretakan hubungan mereka tidak diketahui umum.

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Thu, 24 Jul 2025

Ikut Trend S-Line, Zoey Rahman Dikecam Sengaja Buka Aib – “Bangga Sangat Ni”

Zoey Rahman antara artis yang mengikuti trend S-Line.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Wany Kecil Hati Dituduh Hipokrit?

Baru-baru ini, ada komen di media sosial yang cakap saya hipokrit. Kadang-kadang saya terfikir, individu yang komen begitu pernah tak terfikir jika dia ditempat saya, apa agaknya perasaan dia?

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

‘Aku Berharap Penangkapan Ini Kurangkan Dosa Kita Semua,’ – Erma Fatima

Dalam masa yang sama dia turut memohon kepada semua pihak agar berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

error: Content is protected !!