Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2023 @ 10:58am

Ingin Kembali Aktif Dalam Bidang Seni… Anak Seni Singapura, Osem Han Mahu Lebar Sayap Di Malaysia

Penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han memberanikan diri untuk tampil dengan single solo pertama berjudul Pilihanku hasil ciptaan Reyza Hamizan manakala lirik ditulis oleh Osem Han selepas hampir 30 tahun terbabit dalam dunia seni.

Biarpun perjalanan seni Osem boleh dikatakan agak lambat, namun jejaka berusia 40 tahun ini tidak pernah memandang perkara itu sebagai penghalang untuk terus mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

Kata Osem, sebelum ini percubaan dalam bidang muzik agak mencabar, tambahan dia perlu memberi perhatian terhadap kedai gunting rambut yang diusahakan di Singapura, Osem Handsome.

“Dulu nak ‘survive’ dalam bidang muzik agak mencabar. Saya perlu mencari pendapatan yang boleh menampung kos hidup di Singapura.

“Disebabkan itu saya terpaksa melupakan kerjaya nyanyian buat sementara waktu dan mengambil keputusan membuka sebuah kedai gunting rambut.

“Barangkali ramai yang akan tertanya-tanya kenapa selepas 30 tahun saya nak kembali aktif dalam bidang ini dan jawapannya sudah tentu saya tiada masalah besar yang perlu saya tanggung sekarang.

“Saya sangat bersyukur dengan kehidupan yang saya nikmati hari ini dan kali ini saya ingin kejar semula impian yang sudah lama tertangguh,” katanya.

Tambah Osem, antara alasan lain dia ingin kembali aktif dalam bidang seni juga adalah kekangan peluang ketika itu.

“Dulu saya bersama sebuah band dan diakui nak mencipta nama dalam bidang seni ini tidak mudah dan nak dapat peluang waktu itu sangat sukar.

“Jadi saya harap ini adalah waktu terbaik untuk saya kembali dan mengembangkan bakat bukan saja di Singapura tetapi di Malaysia,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Pilihanku, Osem berkata, keistimewaan lagu terbabit adalah dia tampil dengan genre yang berbeza.

“Memandangkan ini adalah single solo yang pertama, Reyza mahu saya bereksperimentasi dan cuba membawakan genre yang berbeza.

“Selain itu, Pilihanku juga dekat dengan jiwa setiap pendengar kerana lagu ini bercerita mengenai diri setiap individu yang mempunyai pelbagai pilihan dalam hidup,” katanya.

Yakin dengan kemampuan lagu Pilihanku, Osem berharap percubaan untuk kembali aktif akan membuahkan hasil terbaik.

“Kalau kita semua dapat putar kembali waktu, sudah pasti kita nak mencipta kejayaan pada zaman muda tapi malangnya setiap daripada kita ada jalan hidup yang berbeza-beza.

“Mungkin kehidupan yang saya lalui ini tidak bernasib baik kerana saya tidak dapat peluang yang orang lain terima ketika itu, tapi saya tidak pernah berputus asa untuk terus perjuangkan minat dalam muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Osem turut bercerita mengenai nama Osem Han yang digunakan sebagai nama pentas.

“Han ialah nama sebenar saya manakala Osem pula adalah nama bisnes gunting rambut yang usahakan sekarang ini.

“Disebabkan ramai kenalan lebih mengenali saya dengan nama Osem, jadi saya kekalkan saja nama itu. Lagipun nama Osem itu saya rasa unik dan sudah sebati dengan saya,” katanya.

Pilihanku sudah boleh dimuat turun di kesemua pelantar digital termasuk ditonton di YouTube Osem Records.

Sehingga kini Pilihanku sudah menerima lebih 351,000 tontonan di aplikasi terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Hiburan Sun, 1 Mar 2026

‘Takedown’ Video Bukan Sekadar Gimik, Agy Mohon Maaf Secara Terbuka Isu MV Lala Raya

Agy memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi muzik video Lala Raya yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Featured Mon, 18 Sep 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Featured Thu, 20 Feb 2025

Tahniah! Maryam Durian Kimchi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

“Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan” – Ryzal Ibrahim

Hiburan Thu, 24 May 2018

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti…

error: Content is protected !!