Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 7:39am

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Pengacara Nana Mahazan atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan memberitahu biarpun dua anaknya sudah memasuki usia lapan dan lima tahun, dirinya masih belum bersedia menambah anak dalam masa terdekat.

Bersyukur dianugerahkan sepasang cahaya mata yang melengkapkan perkahwinannya bersama Mohamed Raqeem Brian Abdullah, Nana masih mahu memberi tumpuan kepada Athea dan Aaqib.

“ Maaf…cukup dulu apa yang ada. Buat masa ini saya masih belum ada perancangan nak tambah.

“ Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti,” katanya kepada xtra. com.

Ketika disoal mengenai persiapan Hari Raya, Nana memberitahu setiap tahun persiapan lebih kepada anak-anak termasuklah untuk baju dan sebagainya.

“ Setiap tahun, sekurang-kurangnya saya dan suami memperuntukkan tiga helai baju raya untuk dipakai pada Hari Raya Pertama, Kedua dan Ketiga.

“ Paling penting adalah juadah masakan ibu saya! Saya bakal pulang ke Muar dan beraya di sana. Tak sabar nak menjamah lauk wajib pagi Raya tradisi keluarga kami iaitu Ketupat, Kurma Ayam dan Sambal Kacang Mak,” katanya yang teruja untuk menghabiskan masa di kampung bersama tiga lagi adik-beradiknya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Tue, 16 Aug 2022

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Sudah lama tidak berhubung dengan Iman Troye, Naim Daniel tidak berani berkata apa-apa.

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
error: Content is protected !!