Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi November 28, 2022 @ 5:19pm

Layak Ke AJL 37, Aina Abdul Mahu Sesuatu Yang Besar Untuk Lagu ‘Terus Hidup’

Penyanyi Aina Abdul, 29, meluahkan rasa gementar apabila berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) menerusi lagu Terus Hidup.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, berkata dia menyifatkan AJL 37 ini sebagai satu penghargaan buat dirinya kerana bakal bekongsi pentas bersama finalis yang berpengalaman di pentas berprestij itu.

“Perasaannya gerun dan seram, saya kena bekerja lebih kuat sebabkan suntikan semangat itu adalah perkara yang baik bagi saya, kalau tidak perkara itu akan bagi saya selesa.

“Bila kita ada pencabar dan otai, hampir semua senarai finalis banyaknya yang sudah menyanyi lebih lama daripada saya.

“Saya anggap ia satu penghargaan kerana bagi saya mereka semua adalah lagenda dan saya anggap peluang ini membuatkan saya lebih yakin untuk berkongsi pentas bersama mereka,” katanya.

Mempertaruhkan Terus Hidup hasil ciptaan penuh olehnya sendiri, Aina memberitahu lagu itu sangat berharga buat dirinya.

“Untuk berada dalam 12 terbaik ini, saya ada pendapat saya sendiri mengenai lagu ini, saya amat sayang dengan lagu Terus Hidup walaupun mesejnya hanya menyatakan rindu pada seseorang tapi rindu itu sangat besar.

“Yang saya maksudkan rindu ini adalah rindu kepada orang yang sentiasa bersama sebab itu saya sayang lagu ini,” jelas Aina ketika ditemui XTRA.

Berkongsi perasaan saat diumumkan senarai finalis AJL 37, pemenang Vokal Terbaik AJL 36 itu mengakui berasa risau kerana mengenang kembali momen di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-34.

“Saya risau tiba-tiba saya teringat momen saya membawakan lagu Sumpah di AJL 34, ketika di Separuh Akhir, nama saya adalah yang terakhir diumumkan.

“Ketika di belakang pentas, saya hanya memandang team saya dan berkata kalau dapat, dapatlah. Tak dapat, tidak mengapa. Tapi Alhamdulillah, dapat juga. Rezeki Allah tak salah alamat.

Disoal mengenai konsep yang bakal dibawakan di pentas AJL 37 nanti, Aina berkata dia masih belum mempunyai perancangan penuh namun mahukan persembahannya itu ‘besar’.

“Belum mempunyai perancangan penuh tapi apa yang saya boleh katakan, saya mahukan sesuatu yang besar, saya sendiri mahukan sesuatu yang luar daripada kotak.

“Ia boleh jadi segala benda. Busana, pentas, susunan muzik. Itu yang saya mahu lihat untuk karya Terus Hidup,” harapnya.

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari 2023 bakal menyaksikan 12 lagu bakal berentap di pentas penuh berprestij itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

桐瑶为你还原一代陨落巨星—邓丽君的经典音乐

这个12月就让我们一起在云顶云星剧场共婵娟,让邓丽君首首经典歌曲代表你的心!

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

MJ假死?被指乔装打扮现身侄儿婚礼

美国流行乐坛天王迈克尔·杰克逊(Michael Jackson – MJ)逝世至今已经有八年之久,但最近仍有粉丝怀疑MJ并没有去世,而且还乔装打扮现身侄儿的婚礼!

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Trending Mon, 24 May 2021

Tiada PKP Menyeluruh, PM Mohon Rakyat Buat ‘Self Lockdown’ Elak Jangkitan

PM pesan jangan ada sikap menyalahkan orang lain… Ingat tu!

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Bukan Sekadar Konsert, Healing Nite 2026 Jadi Terapi Emosi Buat 20,000 Penonton

Jika kebanyakan konsert sering dikaitkan dengan suasana hingar-bingar, padat dan meletihkan, Healing Nite 2026 memilih haluan yang berbeza. Penganjur membawa pengalaman yang lebih tenang, tersusun dan dalam banyak detik, menyentuh emosi secara halus tetapi mendalam. […]

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

FESYEN Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!