Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2023 @ 10:58pm

[VIDEO] ”Kenyataan Itu Sebagai Satu Fitnah Melampau!” – Uqasha Senrose Gesa Individu Mengaku Jadi Mangsa Buli Segera Tunjuk Bukti

Pelakon popular, Uqasha Senrose, 31, menepis dakwaan kononnya dia seorang pembuli ketika dibangku sekolah seperti yang tular dimedia sosial hari ini.

Menerusi perkongsian live di TikTok sebentar tadi, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengaku terkejut selepas namanya menjadi sohor kini di laman Twitter sejak awal pagi tadi gara-gara kenyataan fitnah melampau yang dikeluarkan individu dikenali sebagai Ayla atau ‘@ImZawani.

Malah, Uqasha menegaskan, dia tidak akan berdiam diri dengan tuduhan tersebut sekaligus mempersoalkan apakah motif individu itu membuat pengakuan selepas insiden yang menimpa suaminya, Kamal Adli.

“Saya ni dah lah tengah trauma dengan suami saya masih belum sembuh, tengok-tengok nama trending kat twitter. Benda ni saya kena ambil peduli kerana ini fitnah yang melampau.

“Dan, ramai orang yang saya tak kenal pun konon mengaku yang saya ni kaki buli. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu lagi? Kalau betul saya buli awak, tampil. Kalau betul kata-kata awak yang awak sudah bagitau kat twitter awak tu, saya sedikit pun tak takut.

“Tolonglah saya nak bukti sangat. Saya percaya, kalau betul saya salah, saya tetap akan salah tapi kalau saya tak salah,  saya dah sediakan lawyer semua.

“Untuk makluman, saya yang pindah sekolah, macam mana pulak dia boleh cakap dia yang pindah sekolah? Sekarang saya nak bukti. Siap cakap sampai nak bunuh diri lagi? Benda ni bukan beda kecik,” katanya.

Tidak gentar dengan ancaman yang diberikan individu tersebut, aktres yang popular menerusi drama Rindu Aku Separuh Nyawa itu bagaimanapun menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Saya cuma nak tekankan saya nak bukti, sebab side saya polis dan lawyer saya akan buat siasatan lanjut, dan segala-galanya akan terjawab soon.

“Dalam keadaan orang yang tengah lemah ni, engkau pula masuk tulis sepanjang-sepanjang karangan dan kata pulak introvert. Dengki boleh, tapi jangan sampai jatuhkan orang. Hanya dengan satu gambar tu sahaja awak boleh kata saya pembuli. Ya Allah.

“Saya sampai satu tahap, saya breakdown tapi at one point, saya kena kuat untuk suami saya, kalau umur saya panjang, makan panjang lagi perjalanan saya so takde sebab saya nak down untuk orang-orang macam ni.

“Dahah lah fitnah pastu kata nak jumpa berdua? Saya takdelah bodoh. Sekarang ni aku tak jumpa kau pun dah macam-macam benda jadi. Ini kan pula kau nak berjumpa berdua? Lagi banyak lah kau boleh cakap pape,” jelasnya.

@xtra_my Replying to @Mama’s bake house Panasss🔥🔥 Katanya fitnah melampau ini dah dalam siasatan pihak berkuasa🧐👀 #fyp #xtramy #uqashasenrose #kakibuli #sekolah #fitnah #bukti #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Bahkan, Uqasha juga memohon agar pihak yang tidak terlibat dalam kes fitnah melampau ini tidak mencurahkan minyak ke dalam api semata-mata inginkan perhatian.

“Benda ni saya dah bagi full authorities dekat peguam saya untuk selesaikan. Anda semua pun dengar sebelah pihak sahaja kan?

“Jadi, tolonglah hormat, suami saya baru je kena insiden. Saya bukan nak mengada-ngada tapi tuduhan yang mengatakan saya crocodile tears, talam dua muka, apa attention awak? Adakah awak juga terlibat dalam insiden kes suami saya?

“Kepada yang tidak terlibat, netizen-netizen, jangan jadi otak singkat, konon-konon nak back up. Sekarang ni kita tunggu jelah. Saya dah sediakan peguam untuk insiden suami saya, dan untuk perkara ini.

“Dan saya ingin menegaskan sekali lagi,  sejak bila saya jadi pembuli? Saya nak hadapkan semua kawan-kawan saya, cikgu-cikgu yang ada kat sekolah tu untuk kes ni.

“Saya berani kerana saya benar, dan saya tak tahu kenapa orang-orang di luar sana nak back up.

“Untuk makluman,  awak tak berjaya buat saya down pun! Saya lagi bersemangat. Saya percaya Allah tu ada.

“Okay so the rest, macam saya kata, saya akan leave it to authorities untuk selesaikan. Soon akan tahu siapa salah dan siapa tak,”ujarnya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini Kamal, Uqasha memaklumkan, suaminya itu sudah boleh berjalan namun masih berada dalam keadaan yang lemah dan kepalanya masih memerlukan rawatan.

“Buat masa ini, Kamal sudah boleh bercakap dan masih terbaring tapi dia dah boleh berjalan sikit-sikit. Tapi kepala kena pegi dressing dan sebagainya. Itu jelah setakat ini sebab perkara ni pun masih dalam siasatan polis, saya tak boleh nak komen lanjut,” ujarnya.

Terdahulu, tular beberapa ciapan di laman sosial berkenaan apabila ada individu mengaku sebagai rakan sekelas Uqasha sejak  15 tahun lalu dan mendedahkan pernah menjadi mangsa buli aktres tersebut.

Individu tersebut juga menganggap kononnya air mata Uqasha yang mengalir ekoran ujian terhadap kecederaan suaminya, Kamal Adli hanyalah drama semata-mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 May 2019

Mira Filzah Trauma Penembak Sebut “Baby Sayang”

Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, apa yang terjadi adalah di luar kawalan dirinya.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Hael Husaini Jadi Pengganti?

Apakah kesudahannya?

Events Fri, 20 Dec 2024
Contest Mon, 22 Jul 2019

xtra好康头 | 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票

xtra好康头 送你Twice 2019《TwiceLights》世界巡回演唱会吉隆坡站入门票,当天势必让你嗨翻天!

Trending Wed, 28 Feb 2018

Dare to Challenge This One-of-a-Kind Escape Room in Kuala Lumpur?

Good news for all thrill seekers as you can experience a different kind of adventure while playing this brand new escape room.

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Featured Sat, 28 Jun 2025
#tilljannah Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Sepatutnya konsert terbabit bakal berlansung pada 20 Disember ini.

error: Content is protected !!