Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2025 @ 2:06pm

Aidyl Hr, Pika & Pikabu Bersatu Bawah Bimbingan j0n, Kolaborasi ‘Way’ Bawa Nafas Baharu Dalam Industri Muzik

Dalam industri muzik yang sering dimeriahkan dengan projek kolaborasi, muncul sebuah karya ikhlas berjudul Way, hasil gabungan tiga penyanyi unik iaitu Aidyl Hr, Pika dan Pikabu yang tampil menyampaikan mesej mendalam mengenai harapan, impian dan perjalanan hidup.

Lebih daripada sekadar lagu, Way adalah hasil kesatuan semangat dan pengalaman tiga suara berbeza latar yang disatukan di bawah bimbingan komposer dan penerbit dari Labuan, j0n.

Karya ini dihasilkan penuh teliti selama dua tahun, bermula daripada sesi ‘jamming’ santai yang kemudiannya bertukar menjadi projek rasmi di bawah label Lab One Entertainment (Lab1e).

Aidyl Hr, Pika & Pikabu bersyukur dapat disatukan

Berharap kolaborasi ini bukan kerjasama terakhir, Aidyl bersyukur diberi peluang untuk terbabit dalam penghasilan lagu Way.

“Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk terlibat dalam lagu ini. Pika dan Pikabu sangat berbakat dan saya juga gembira dapat bekerja dengan j0n.

“Saya harap ini bukan kolaborasi terakhir dan semoga ada peluang untuk sama-sama mencipta muzik lagi selepas ini,” katanya.

Menurut Pika, dia meletakkan harapan agar lagu ini mendapat tempat di hati penggemar muzik.

“Besar harapan saya untuk menyaksikan kolaborasi antara kami bertiga dan j0n dapat meninggalkan kesan di hati peminat.

“Saya juga berharap kolaborasi kami dapat membuka jalan untuk sesuatu yang lebih besar,” kata Pika.

Menurut Pikabu pula, dia menanti penerimaan positif pendengar dan menyimpan angan untuk melangkah ke pentas lebih besar.

“Kolaborasi ini sangat unik jadi saya berharap ia dapat diterima oleh orang ramai terutamanya peminat muzik.

“Saya juga berharap agar lagu ini dapat melangkah ke pentas berskala besar seperti pentas anugerah dan sebagainya,” katanya.

Ilham datang ketika sesi latihan santai

Menurut j0n, idea untuk menghasilkan lagu ini mula timbul sewaktu mereka menjalani sesi ‘jamming’ santai di Labuan.

“Inspirasi utamanya berkisar tentang semangat mengejar peluang dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kerjaya dan dunia perniagaan.

“Daripada situ, konsepnya berkembang menjadi sebuah lagu yang ringan dan menyeronokkan.

“Namun, bahagian nyanyian Aidyl dan Pikabu tetap diselitkan dengan emosi yang mampu menyentuh perasaan pendengar,” katanya.

Berbeza dengan kebiasaan lagu motivasi yang sarat dengan nada serius, Way membawa pendekatan ringan tetapi tetap menyentuh jiwa.

Membawa mesej setiap orang melalui perjalanan tersendiri dalam mengejar cita-cita, lagu ini menjadi pengiring yang membina semangat untuk terus melangkah ke hadapan dan keunikan lagu ini turut terletak pada gabungan vokal yang tidak dijangka.

Pika merupakan penyanyi dari Labuan yang berasal daripada latar pendidikan dan aktif dalam band korporat. Manakala Aidyl Hr pula sudah dikenali dengan vokal mantap dan semangat kerja luar biasa serta Pikabu datang dengan identiti tersendiri dalam membawa dialek Kedayan ke dalam lagu, menjadikan Way lebih kaya secara budaya dan ekspresi.

“Pika berasal dari Labuan dan pernah berkhidmat sebagai guru. Dia sering membuat persembahan dengan kumpulan muzik korporat di sana dan vokalnya sangat serasi dengan lagu ini.

“Aidyl pula seorang yang berbakat besar dan sangat komited kerana saya sendiri pernah bekerjasama dengannya sebelum ini. Manakala Pikabu pula memiliki keistimewaan tersendiri, terutama dengan gaya nyanyian dalam bahasa Kedayan yang cukup unik,” ujar j0n.

Walaupun rakaman dilakukan di dua lokasi berbeza iaitu Kota Kinabalu dan Labuan, j0n tidak melihat cabaran logistik sebagai halangan besar.

Sebaliknya, dia menyifatkan proses tersebut sebagai pengalaman berharga dan menyeronokkan, apatah lagi semangat kerjasama antara ketiga-tiga penyanyi sangat membantu menyatukan hasil akhir.

Pelancaran Way juga menandakan debut rasmi Lab1e dalam pasaran muzik tempatan, sekali gus membuka jalan kepada lebih banyak bakat dari Borneo untuk mendapat pendedahan yang setimpal di pentas nasional.

“Ini adalah lagu pertama dilancarkan Lab1e yang berpangkalan di Labuan. Semoga pelancaran ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan yang lebih mekar di depan buat Lab1e. Paling penting, semoga Way mampu menghibur, diterima baik, dinikmati, serta dirasai semua rakyat Malaysia,” ujar j0n.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Selepas Zizi Kirana & Farah Lee, Kapal Hio GSF Dinaiki Heliza & Hazwani Helmi Pula Dipintas Tentera Isra*l

Semoga Heliza Helmi & Hazwani Helmi sentiasa dalam lindungan Allah 🤲🏻🥺😭

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Taruhan Terbaru Ernie Zakri Dan Syamel Dalam Takkan Terlerai

Mampukah agaknya lagu ini mengatasi lagu Aku Cinta?

Trending Sun, 6 Jan 2019

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Featured Sat, 15 Apr 2023

Lisa Surihani Tak Sangka Iklan Ala Istanbul Aku Datang Versi 2.0 Viral -“Terkejut Juga! Masa Tu Saya Kat Madinah”

Pelakon dan pengacara jelita, Datin Lisa Surihani, 37, bersyukur  dan tidak menyangka iklan produk makanan bersama pelakon Beto Kusyairy yang tular baru-baru ini menerima maklum balas yang positif dalam kalangan peminat. Menurut Lisa, dia terkejut […]

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

Pablo Amirul Pernah Tak Puas Hati Dengan Pihak TUDM Gara-Gara….

Haa tak puas hati sebab apa tu? Biasalah kan terasa hati tu lagipun untuk kebaikan..

Trending Mon, 5 Nov 2018

Gadis Ini Tular Gara- Gara Wajah Seiras Siti Nurhaliza, Mira Filzah

Sekali pandang macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, dua kali pandang macam Mira Filzah pula. Ish ish… cantik betul awak ni!

Hiburan Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

TVB艺人江汉疗养院逝世!享年78岁

香港无线电视资深演员江汉惊传7日于疗养院过世,享年78岁,他的太太在8日晚间向媒体证实此消息,震惊不少圈中人。

Featured Mon, 30 Sep 2024

Kemudi Konsert Terbesar Sepanjang 17 Tahun Dalam Industri, Afgan Akui Gementar

Wah, peminat-peminat Afgan boleh lah serbu tiket lekas! Very affordable! ❤️

error: Content is protected !!