Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 6, 2019 @ 7:12pm

Yang di-Pertuan Agong Letak Jawatan

SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

 “Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.

“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Sultan Muhammad V turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memberi kerjasama dalam mentadbir negara. Sultan Muhammad V selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera turut berbangga dengan pengorbanan serta taat setia yang dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, Tuanku bertitah supaya rakyat Malaysia terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini, supaya Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.

“Tuanku telah bersedia berangkat pulang ke Kelantan Darul Naim untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri, dan terutamanya rakyat Kelantan bagi menjaga dan membangunkan negeri itu demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan dakwaan kononnya mesyuarat khas Majlis Raja-Raja membincangkan kedudukan baginda.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai dakwaan itu sebelum ini, berkata ia sekadar khabar angin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Apr 2022
Featured Thu, 9 Dec 2021
Featured Thu, 9 Sep 2021

“Ini Soal Nyawa!”- Che Ta Takkan Bekerjasama Dengan Pelakon Enggan Ambil Vaksin

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengakui tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pelakon yang belum atau tidak mahu mengambil vaksin. Menurutnya, tidak logik sekiranya terdapat segelintir produksi yang […]

Events Wed, 18 Oct 2023

Kumpulan Fourtwnty Impi Berkolaborasi Dengan Yuna

Wow! Kalau Fourtwnty koloborasi dengan Yuna confirm 🔥🔥🔥

Featured Mon, 22 Mar 2021

3 Maut 1 Parah – Struktur Kren Launcher Lebuh Raya SUKE Hempap Kereta, Ini Respons Netizen..

Kejadian kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) hari ini menjadi bualan ramai. Insiden seperti ini seringkali berlaku di Lebuhraya berkenaan menyebabkan orang ramai meminta pihak bertanggungjawab segera disiasat. “Melalui siasatan […]

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka

error: Content is protected !!