Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 19, 2026 @ 12:21pm

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Pelakon, Zulin Aziz mengesahkan rumah tangganya bersama suami, Farhan Norzaini sudah berakhir pada 18 Disember tahun lalu.

Meskipun perkara tersebut tidak terus dikongsikan kepada umum, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, menjelaskan dia memilih untuk menghormati tempoh idah yang berakhir pada 18 Februari 2026.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Zulin kekal tenang menitipkan pesanan kepada diri sendiri dan pengikutnya agar memberi fokus kepada bulan Ramadan.

“Kita fokus dengan Ramadan ya. Terima kasih mendoakan yang baik-baik. Semoga doa itu berbalik kepada anda juga. Amin Ya Raballamin,” katanya.

Tanpa membuka ruang kepada spekulasi, Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka, sebeliknya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

Sekadar info, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Events Mon, 29 Aug 2022

#JusticeForBella: Doktor Perjelas Kesan Lecur Dikedua Tangan Bella Berpunca Dari Tumpahan Air Panas

Kes perbicaraan remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella kembali berlangsung setelah dihentikan seketika pada 22 Julai lalu. Namun kali ini, Mahkamah Seksyen dimaklumkan bahawa kesan lecur yang terdapat pada tangan Bella adalah disebabkan berpunca […]

Trending Fri, 29 Mar 2019

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Takziah kepada ahli keluarga Muhammad Hafiz Zainal

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Kita Susah Senang Sama-Sama’- Tunku Hanis Doa Fathia Latiff Kuat Hadapi Ujian

Camni la baru sahabat selamanya, susah senang bersama-sama. Cayalah!

Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Events Wed, 29 Aug 2018

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
error: Content is protected !!