Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 21, 2021 @ 11:14am

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok.

Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang berani memarahi hantu yang selalu membaling batu dan pasir di atas bumbung kedainya.

@beaufit04

Semoga Allah jauhkan kita semua daripada perkara syirik & khurafat. #fypシforyoupage #fypdongggggggg #lostweight #sihir #dugaanmeniaga #Dengki #Fitcoffee #fypシ

♬ bunyi asal – Beaufit Nourish – Beaufit Nourish

Selepas hilang sabar, wanita itu langsung memanjat tangga menaiki bumbung dan memarahi makhlus halus yang mengganggu kedainya hampir setiap hari.

“Asal meniaga saja mesti ada hati dengki. Berhari-hari terus dengar benda jatuh atas siling, tapi buat-buat tak tahu.

“Tapi kali ini dia (makhlus halus) buat rancak pula dengan menabur pasir dan baling batu di atas siling.

“Depan mata dengar batu itu bergolek seolah-olah ada benda sedang bermain dekat atas itu. Bunyi yang sama berterusan selama beberapa minit terus.

“Bila mengamuk, tahu pun mahu diam,” katanya dalam video tersebut.

“Perempuan naik hantu, hantu pun takut” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat wanita berkenaan yang berani memarahi makhluk tersebut.

Malah, ada yang bersetuju bahawa makhluk itu juga akan berasa takut dan melarikan diri apabila perempuan mengamuk.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 764,600 tontonan dan 56,400 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Apr 2026

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

Featured Tue, 6 Aug 2024
Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Tue, 18 Feb 2025

Fattah Amin Tinggalkan Emoji Hati Biru di Hantaran Amira Othman, Peminat Makin Tak Keruan!

Fattah Amin secara terbuka meninggalkan komen emoji biru di IG Amira Othman cetus pelbagai reaksi

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda Pada Hari Malaysia

Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta […]

Hiburan Sat, 6 Jan 2024

Didakwa Bermasam Muka Dengan Nadeera, Ini Respons Ernie Zakri

Perkara pun dah selesai.. All the best Ernie!

Trending Hari Ini Mon, 4 May 2020
Featured Mon, 30 Mar 2020

3 cara untuk menjadikan bibir mungil dan seksi

Tidak perlu buat suntikan bibir!

error: Content is protected !!