Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari January 13, 2024 @ 5:57pm

[VIDEO] Untuk Mangsa Sihir, Ini Pesanan Daripada Fedtri Yahya! – “Kalau Boleh Rahsiakan Proses Perubatan & Perkembangan”

Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya memuat naik sebuah video dengan berkongsi ilmu buat individu yang terkena sihir.

Menerusi video tersebut, Fedtri berpesan kepada mangsa sihir untuk tidak mendedahkan perkembangan rawatan atau pemulihan daripada sihir di media sosial.

Hal ini kerana untuk mengelakkan sifat kedengkian penghantar sihir kepada mangsa menjadi lebih teruk.

“Saya nak berkongsi ilmu daripada sahabat saya berkaitan dengan sihir. Katanya kalau anda terkena sihir, kalau boleh seboleh-bolehnya jangan kita canangkan pada orang. Kita post di laman sosial ke kita update perkembangan ke.

“Sebab biasanya, sihir ni diserang oleh orang yang kenal kita kerana ada kedengkian, cemburu ataupun sakit hati. Termasuk orang yang rapat yang mengenali kita, dia tengok progress kita dan dia menghantar sihir ataupun perkara yang lain lah santau ke pelalau ke sebagainya.

“Jadi, kita jangan tunjukkan yang kita ni bertambah baik ke kalau kita pergi merawat ataupun kita nampak kita ni semakin sihat ke sebab orang yang menyerang ni kadangkala dia nak tengok kita jatuh atau yang lebih buruk lagi nak tengok kita ni mati terus.

“Kalau kita tunjukkan, kita update di laman sosial kita ni pergi berubat, kita bertambah baik. Jadi, pastinya orang yang dengki tu akan sakit hatilah sebab matlamat dia hendak jatuhkan kita atau hendak musnahkan kita.

“Kalau boleh kita rahsiakanlah sepanjang proses perubatan tu, sepanjang proses pemulihan. Kesembuhan tu biar tak ada orang tahu. Hanya orang terdekat saja tahu supaya kita dapat bertambah baik mohon kepada Allah supaya dapat kita sembuh dan orang tu biarlah Allah yang membalas kejahatan dia.

“Jadi, kita tak perlu balas. Kalau kita balas dengan benda yang sihir khurafat jugak. Kita pun syirik, terkeluar daripada Islam sebab kita dah terlibat dengan syaitan dan hal-hal yang mungkar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fedtri sempat menitip nasihat kepada warganet untuk mengamalkan bacaan ayat Al-Quran sebagai pelindung diri daripada kejahatan manusia.

“Paling penting jangan bagitahu sesiapa sebab kita bertambah baik mungkin ada dihantar serangan kali yang kedua dan seterusnya.

“Selalulah kita membaca ayat al-Quran dan sebagainya untuk lindungi diri kita sebab kita tak tahu siapa yang pandang kita dengan Ain dan kedengkian,” nasihatnya.

Artikel Berkaitan: Wajah Nonny Nadirah Senget Angkara Sihir – “Tak Akan Menyerah, Lawan Sampai Mati!”

Artikel Berkaitan: “Biar Allah Ja Balas, Taubatlah!” – Jadi ‘Panas’ Dengan Isteri, Dapat Mimpi Pelik… Usop Dedah Terkena Sihir Pemisah

Artikel Berkaitan: “Aku Tahu Kau Nak Aku Mati & Susah!” – 8 Bulan Menderita, Syafie Naswip Dedah Jadi Mangsa Sihir?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Jan 2023

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan. @faiznurzin #fyp #faiznurzin #tiktokmalaysia #kekuatan #kesabaran #ketenangan #puterisarahliyana ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, […]

Trending Tue, 29 Sep 2020

Dua Lagi Pelajar Disahkan Positif Covid-19

Langkah keselamatan perlu ditingkatkan

Featured Thu, 4 Aug 2022

[VIDEO] “Watak Hayfa Sangat Berat, Saya Faham Perasaannya… ” – Ummi Nazeera Pernah Risau Tak Boleh Hamil Di Awal Perkahwinan

Menjadi seorang wanita ini tak mudah kan.. lebih-lebih lagi apbila dah berkahwin. Apapun, tahniah Ummi Nazeera sebab berjaya bawa watak Hayfa dengan penuh emosi!

Hiburan Sat, 20 Jul 2024

Wanita Dakwa Kena Pukul Dengan Pelakon Berbadan Sasa Tarik Balik Laporan Polis

Mangsa menarik aduan berhubung kejadian itu pada minggu lepas.

Trending Fri, 25 Oct 2019
Trending Tue, 4 May 2021
Featured Thu, 2 Mar 2023
error: Content is protected !!