Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal January 14, 2023 @ 3:36pm

Kongsi Tip Untuk Bahagia, Puteri Sarah Akui Sabar & Tenang Hadap Ujian Tuhan

Pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi tip mencari bahagia ketika dirinya diuji oleh Tuhan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @faiznurzin di TikTok, Sarah memberitahu kunci bahagai terletak pada doa yang ikhlas.

“Mencari bahagia untuk saya adalah mencari ketenangan diri.

“Kita selalu berdoa Ya Allah berikan aku kekuatan, itu doa I. Bila Sarah doa untuk diberi kekuatan memang Allah bagi lagi ujianlah sebab Allah nak kita kuat, Allah nak uji kita.

“So I tukar doa tu, Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim berikanlah aku kesabaran dan berikan aku ketenangan. So bila apa ujian yang mendatang I akan sabar I akan tenang,” kata Sarah.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji Sarah yang kuat berdepan dengan pelbagai dugaan di alam rumah tangga dan ada juga wargamaya yang mula sedar betapa perlunya doa yang  betul.

“Baru I terfikir doa yang betul itu perlu.

“Allah nak angkat darjat Sarah, semoga Sarah kembali kepangkuan suami, berkorbanlah demi anak-anak.

“Cara bertukar doa pun menampakkan kebijaksanaan Sarah. Sarah patut minta doa disayangi dan dikasihani suami lepas ni,” komen netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 May 2023
Trending Tue, 24 Mar 2020
Hiburan Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Featured Wed, 3 Dec 2025

Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”

Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan dan kasih buat isterinya menerusi hantaran di media sosial.

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Bung Moktar Radin Meninggal Dunia, Zizie Ezette Kongsi Khabar Duka Di IGS

Suami kepada aktres Datin Seri Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia.

Featured Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!