Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 21, 2023 @ 6:38pm

Erna Elliyana Kesal Nama Terpalit Kontroversi Gara-Gara Hantaran Tidak Benar Mengenai Kamya Fest

Penyanyi dan usahawan, Erna Elliyana Rosli kesal apabila namanya terpalit dengan kontroversi yang tidak tepat mengenai Kamya Fest yang berlangsung baru-baru ini.

Erna yang merupakan pengasas produk Kamya meminta semua selebriti media sosial dan netizen yang menyebarkan perkara tidak tepat mengenai festival yang berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lalu untuk memadam atau menurunkan semula segala hantaran berbaur fitnah.

Menurut Erna, pihaknya cuma bertindak sebagai penaja utama Kamya Fest namun festival itu dianjur dan diuruskan oleh Underground Asia dan FWD.

Malah, Kamya telah melaburkan lebih RM445,000 selaku penaja utama acara terbabit.

“Jangkaan kami untuk mendapatkan 50,000 pengunjung tidak menjadi kenyataan selepas isu viral sejak hari pertama pada 10 Februari. Perkara tular itu juga menyebabkan kami kerugian separuh daripada jumlah yang dilaburkan untuk acara terbabit.

“Dalam pada itu, selain isu viral, faktor cuaca seperti hujan juga menyebabkan kurangnya sambutan daripada pengunjung,” katanya.

Pihak Erna menerusi nasihat guaman Ganesh Magenthiran dari Hakem Arabi & Associates memberikan masa selama dua minggu untuk menurunkan semula posting yang tidak benar melibatkan jenama itu.

“Kami memberikan notis selama dua minggu. Sekiranya gagal atau enggan, kami sebagai pihak guaman Kamya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak atau individu.

“Hantaran di media sosial berkenaan telah mencalarkan imej dan nama baik syarikat Kamya. Jadi kami menyeru agar semua pihak berhenti daripada terus menulis kata-kata yang tidak tepat mengenai Kamya Fest,” ujar Ganesh.

Kamya Fest tular di media sosial apabila ada pempengaruh, pengunjung dan vendor yang terbabit meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan bayaran masuk ke festival terbabit.

Difahamkan sebanyak RM10 dikenakan sebagai yuran masuk ke tapak festival namun penganjur membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj untuk masuk pada hari kedua dan ketiga.

Warganet juga mempertikaikan harga parkir oleh pengurusan Stadium Bukit Jalil bernilai RM20 kepada setiap pengunjung yang dianggap terlalu mahal.

“Sekali lagi kami tegaskan Kamya adalah penaja terbesar festival berkenaan dan disebabkan itu ia dinamakan sebagai Kamya Fest. Walaubagaimanapun, kami bukanlah penganjur.

“Keputusan untuk mengenakan bayaran masuk ditetapkan oleh penganjur dan penganjur juga bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran pada hari kedua dan ketiga selepas perbincangan dibuat.

“Berkenaan kadar bayaran parkir yang mahal RM20 juga di luar pengetahuan pihak Kamya,” kata Erna.

Kamya Fest telah berlangsung pada 10 hingga 12 Februari lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan antaranya Datin Alyah, Nabila Huda, Dolla, Eja dan ramai lagi.

Bukan itu saja, Kamya Fest dihangatkan dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan taman tema Farm in The City.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Nov 2024
Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kenapalah Anak Kedua Macam Ni…”- Asyalliee Ahmad

Sudah pasti ramai yang mengenali pempengaruh Asyalliee Ahmad atau lebih mesra disapa Asya yang pernah menjadi bualan ramai selepas mula popular dengan video tular ‘macam cantik je, macam comel je’. Walaupun kini dirinya sudah bergelar […]

Hiburan Sat, 6 May 2023
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Zul Yahya Mengamuk Dengan Pekerja Restorannya

Pekerja restoran Zul Yahya hisap dadah?

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

error: Content is protected !!