Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 3, 2023 @ 5:30pm

Individu Dedah Modus Operandi, Dakwa Suami Heliza Helmi ‘Kaki’ Scammer & Sengaja Bawa Watak Alim?

Suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi mencuri perhatian apabila seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Pseudoscience Watch mendakwa, Mahadi sebenarnya terlibat dengan aktiviti scam dan tipu daya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook miliknya, individu itu mendakwa modus operandi perniagaan yang dijalankan oleh suami kepada penyanyi itu yang dikatakan mempunyai ciri-ciri utama ‘money game scam’.

“Bagi masyarakat awam, memang susah nak percaya Mahadi terlibat dengan scam dan tipu daya disebabkan oleh penampilan berwajah agama.
“Apatah lagi dengan pelbagai posting di Facebook yang  menggalakkan orang awam membayar zakat pendapatan, malah Mαhαdi dilihat sebagai entrepreneur Islamik yang boleh dijadikan contoh dan ikutan.
“Namun pengalaman kami dalam membongkar scammer hampir 10 tahun membolehkan kami menghidu scammer from far,” dakwanya.
Malah, individu ini juga turut membalas komen Mahadi dengan mengatakan pihaknya tidak gentar terhadap ugutan undang-undang yang diberikan pihaknya.
Tidak berdiam diri dengan tuduhan yang diberikan, Mahadi mengesahkan kenyataan individu terbabit sebagai fitnah, palsu, tidak benar, dan berniat jahat sekaligus tampil memuat naik salinan laporan polis  yang telah dibuat menerusi Facebook rasminya.
Bahkan, dia juga memaklumkan produk keluarannya adalah mengikut undang-undang dan segala pelaburan yang dijalankan adalah patuh syariah.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan, pihak syarikatnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuklah saman malu terhadap individu berkenaan apatah lagi jika pihak Pseudoscience Watch gagal menarik balik kenyatan fitnah tersebut.
“Serangan jahat ini juga merupakan suatu serangan peribadi terhadap saya di mana saya telah dikategorikan sebagai seorang scammer di bawah media social rasmi mereka.
“Tindakan dan perbuatan fitnah ini telah mencemar dan menjejaskan reputasi dan nama baik saya sebagai seorang usahawan Muslim yang berjaya di peringkat dalam negara dan luar negara. Saya telah dituduh membawa perwatakan Islamik untuk menipu orang awam.
“Saya dengan ini memberikan ultimatum kepada pihak Pseudoscience Watch untuk memadam pernyataan fitnah ini dari laman Facebook mereka dalam tempoh masa 24 jam.
“Sekiranya pihak Pseudoscience Watch gagal untuk memadam pernyataan fitnah ini dalam tempoh masa tersebut, maka saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Pseudoscience Watch termasuk memohon untuk ganti rugi dan saman malu,” jelasnya.
Terdahulu, nama Mahadi pernah tular selepas status ‘Datuk Seri’ yang diraihnya didakwa palsu termasuklah tiada rekod dalam senarai istiadat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 29 Apr 2020

Ketahui 4 cara menyantuni ibu baru bersalin ketika PKP

Bertanya khabar adalah tindakan paling berkesan

Trending Wed, 9 Jun 2021

Situasi Covid-19 Negara Kini Berada Pada Tahap Genting

Semoga yang terbaik buat Malaysia

Hiburan Sun, 28 Jan 2024

Selalu Gosok Pakaian Sampai Berlubang & Terbakar, Ozlyn Tak Boleh Sentuh Seterika…. Nasib Baik Johan ‘Pro’!

Wahh… beruntung Ozlynn dapat suami macam Johan, dahla kelakar pandai gosok baju pulak tu!

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

TONTON BAKAL PERKENAL WAJAH BAHARU, ANDA PILIH!

Tonton bakal memilih wajah-wajah barunya untuk tahun 2018 menerusi undian pembaca

Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

‘Selesa Dengan Adam Tapi…’- Sweet Qismina

Peminat mula memberikan reaksi positif.

Trending Wed, 16 Oct 2019

Haze to Hit Back Malaysia; Effect of Wild Forest Fire in Palembang

Malaysians advised to wary of the upcoming’s weather. Stay protected and reduce outdoor activities.

error: Content is protected !!