Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2024 @ 5:54pm

Wanita Dakwa Kena Pukul Dengan Pelakon Berbadan Sasa Tarik Balik Laporan Polis

Individu wanita yang membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon berbadan sasa sudah menarik balik aduannya.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan perkata terbabit.

“Mangsa telah menarik aduan berhubung kejadian itu pada minggu lepas. Bagaimanapun, kertas siasatan berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk semakan. Kita sedang menunggu arahan lanjut.

“Sama ada kes berkenaan akan ditutup atau diselesaikan secara baik berikutan mangsa telah menarik balik aduan, perkara itu bergantung kepada arahan DPP yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul kekasihnya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu dipercayai terjadi apabila mangsa yang berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

Kekasih mangsa kemudian meminta wanita itu untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.
Secara tiba-tiba, pelakon itu memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita itu.

Pada 10 Julai lalu, suspek yang berusia 37 tahun tampil kepada pihak polis bersama bapanya untuk proses rakam keterangan, namun tidak ditahan.

Polis dilaporkan turut merakam keterangan mangsa serta kakaknya untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, membawa hukuman penjara setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Hiburan Fri, 2 Feb 2018

MARVEL’S ICON STAN LEE RUSHED TO HOSPITAL!

The amazing man who brought a world of superheroes to us was rushed to the hospital after falling ill.

Featured Tue, 18 Apr 2023

“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah Liyana” – Patimah Ismail

Reda melepaskan menantu tersayang, tetapi ikatan yang terjalin tak akan terlerai. sebak pula min 😢😢

Featured Mon, 16 Dec 2024
Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Hiburan Sun, 24 Mar 2019
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Nas-T Sandang Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor

Nas T berguru dengan Datuk Rosyam Nor bawa watak antagonis

Featured Fri, 30 Dec 2022
Events Sat, 6 Jul 2019

MintG与KenLee「恋手」出辑!唯在一起多年却未亲口确认男女朋友身份

Mint G与KenLee以情侣档姿态「恋」手出「辑」,只是在一起多年的两人,原来却未亲口确认男女朋友身份。

error: Content is protected !!