Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2025 @ 7:46pm

Nas-T Sandang Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor

‘Saya Kena Cari Formula Sampai Orang Benci Karakter Ini’

Demikian kenyataan pelakon Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar, yang bakal menghidupkan watak antagonis dalam drama terbaharu berjudul Sepenuh Hati Rindu.

Menerusi temubual bersama XTRA, Nas-T meluahkan keterujaannya untuk kembali membawakan peranan yang berbeza daripada kebiasaannya.

“Watak ini memang jahat, dan saya sendiri dah lama tak pegang karakter macam ni. Lagi pula, ini kali pertama saya terlibat sebagai watak utama dalam slot Samarinda di TV3. Memang rasa teruja sangat,” katanya.

Mengambil serius terhadap cabaran peranan yang diberikan, aktor berusia 41 tahun itu turut merancang untuk menimba ilmu daripada figura legenda lakonan, Datuk Rosyam Nor.

“Saya dah tanya dia tentang tips bawa watak antagonis. Insya-Allah, sebelum penggambaran bermula, saya akan jumpa dia secara peribadi untuk belajar lebih lanjut,” ujarnya lagi.

Nas T berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama tersebut di Balai Berita, Bangsar pada Khamis lalu.

Menariknya, Nas-T langsung tidak gentar jika lakonannya kelak menerima kecaman daripada penonton. Malah, dia menyifatkan reaksi negatif itu sebagai tanda keberkesanan lakonan seseorang pelakon.

“Kalau orang marah, benci atau kecam, itu tandanya lakonan kita menjadi. Saya harap sangat bila drama ni keluar nanti, saya akan kena kecam.

“Itu bermaksud saya dah berjaya bawa watak ni sampai orang menyampah. Tapi untuk sampai ke tahap tu, saya kena cari formula yang betul-betul buat penonton menyampah dengan watak ni,” tambahnya.

Selain Nas T,  drama Sepenuh Hati Rindu ini akan menampilkan barisan pelakon seperti Trisha Oii dan Nafiz Muaz.

Jangan lupa saksikan drama slot samarinda, Sepenuh Hati Rindu bermula 12 Jun ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Marsha Milan!

Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram […]

Trending Tue, 22 Jan 2019

Wanita ini dikenakan caj RM94 oleh pemandu teksi, padahal tambang Grab hanyalah RM13

Untuk perjalanan sejauh 15km, memang tidak masuk akal!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Bukan Neelofa…Tetapi LOPAK!

Fashionista Neelofa versi ‘mampu milik’ …

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu.

Trending Wed, 12 Sep 2018

Panggang, Rebus Atau Kukus, Penduduk Hanoi Digesa Henti Makan Daging Anjing

‘ Tolong Berhenti Makan Daging Anjing’, itu peringatan pihak berkuasa Hanoi yang segera menggesa penduduk di sana supaya tamatkan aktiviti tersebut. Daging anjing yang menjadi ‘kegemaran’ penduduk di sana dilaporkan menjejaskan imej bandar terbabit selain […]

Hiburan Wed, 16 Oct 2019

一起与TikTok舞起来!争取成为「dimsum Thai Pop 2019」开场嘉宾

配合11月10日举行的「dimsum Thai Pop 2019」dimsum将于TikTok联手,打造主题标签舞蹈挑战 #dimsumThaiPop2019。

Trending Tue, 29 Jan 2019

Wanita ini mendapati penderma darah yang menyelamatkan nyawanya 11 tahun lalu ialah suaminya sendiri

Berapa ramai orang berpeluang untuk melalui kisah romantis sebegini?

error: Content is protected !!