Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 2, 2024 @ 7:00pm

Wajah Nonny Nadirah Senget Angkara Sihir – “Tak Akan Menyerah, Lawan Sampai Mati!”

Pelakon, Nonny Nadirah mendedahkan bentuk wajahnya mula berubah menjadi sengket angkara gangguan sihir selama tiga tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nonny berkata dia terpaksa kuat semangat menempuh dugaan kehidupannya yang berat ini, serta meminta pengikutnya untuk mendoakan kesejahteraannya.

“Maaflah muka dah senget hasil sihir syaitonah ni. Tiga tahun gais, sampai dah tak larat nak nangis. Saya kena bangkit sendiri-sendiri.. Really appreciate if you guys can support me.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Kalau solat tolong doakan Nonny sekali tau!,” tulisnya.

Nonny Nadirah

Dalam hantaran lain, Nonny berkata dirinya tidak akan menyerah meskipun sihir tersebut semakin teruk menganggu mentalnya.

Jelas Nonny, dia tetap teguh menjalani tuntutan wajib sebagai seorang agama Islam dan hamba Allah SWT.

“Mari kita lawan sampai mati, Lillahita’ala. Tunduk pada yang Satu, aku tetap berpegang pada kalimah tauhid!

“Ya Allah, pelihara aku, aku maafkan mereka semua dunia dan akhirat. Menyerah? TIDAK SAMA SEKALI!

“Jangan tinggal amal, jangan tinggal solat wahai saudara se-Islamku. Doa senjata orang-orang Mukmin,” ujarnya lagi.

Nonny Nadirah

Sementara itu, Nonny meluahkan rasa syukur atas izinNya untuk bernafas di ambang baharu, tahun 2024.

“Selamat tahun baru 2024. Semoga segala urusan kita dipermudahkan, diperluaskan lagi rezeki berjaya, bahagia duania dan akhirat. Amin.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah Ta’ala saya masih disini. Rezeki, jodoh, ajal, maut semua di tangan Tuhan. Tugas aku? Berserah.

“Kepada yang mendoakan kebaikan, Alhamdulillah. Kepada yang mendoakan keburukan, yang memperluaskan kejahatan semoga balik ke pangkal jalan,” tulisnya.

Nonny Nadirah

Sebelum ini, Nonny mengakui gangguan sihir tersebut turut membuatkan dirinya tidak lagi memakai hijab.

Artikel Berkaitan: “Sekatlah Aku Sampai Mati, Aku Tak Peduli Syaitan!” – Mengaku Dah Tak Bertudung, Status IG Nonny Nadirah Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Aku Merayu Terang-Terangan, Tolong Hilangkan Gangguan Ini” – Nonny Nadirah Dedah 3 Tahun Berdepan Sihir

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Trending Tue, 26 Mar 2019
Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Bercerai Bukan Jalan Terbaik, Nur Nilam Masih Berharap Ada Belas Kasihan Dari Azlan Komeng – “Setiap Hari Doa ‘Penyondol’ Tak Ambil Suami Saya”

Nilam mengaku perceraian bukan jalan terbaik buat untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama Azlan Komeng

Trending Fri, 15 Jun 2018

Telefon Meletup Punca CEO Maut

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini tular dalam media sosial, mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu dan meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Events Fri, 18 Jan 2019
Featured Fri, 15 May 2020
error: Content is protected !!