Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 27, 2026 @ 9:28pm

Obses Sampai Hubungi Ibu… Zarif Ghazzi Tegas Soal Privasi, Tak Mahu Peminat Ganggu Keluarga

Pelakon Zarif Ghazzi berkongsi pengalaman berdepan situasi tidak menyenangkan apabila terdapat peminat yang disifatkan terlalu obses sehingga sanggup menghubungi ibunya secara peribadi melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Zarif, dia tidak pernah menghalang sesiapa untuk meminatinya dan sentiasa menghargai sokongan yang diterima sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Namun, keterujaan itu perlu disertai dengan batas supaya tidak melibatkan urusan peribadi dan keselamatan ahli keluarga.

“Tak salah untuk meminati seseorang dan saya sangat menghargai sokongan itu. Saya benar-benar berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Tapi kalau boleh, jangan sampai melibatkan hal terlalu peribadi. Ada yang menghantar mesej atau DM kepada ahli keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Mahu Belajar Setakat SPM Sahaja” – Zarif Ghazzi Bakal Sambung Diploma September Ini

“Bagi saya, perkara itu tidak perlu. Ada yang mesej ibu saya dan perkenalkan diri sebagai peminat,” katanya.

Zarif mengakui terkejut apabila mengetahui ibunya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali.

“Saya sendiri tertanya-tanya dari mana mereka dapat nombor telefon ibu saya. Sampai boleh WhatsApp ibu saya,” katanya kepada XTRA.

Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Fenomena Raya 2026 dan pengumuman Duta Paling Mega Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertaruh Gandingan Zarif Ghazzi, Siti Hariesa… Ai Crush You Angkat Kisah Teknologi & Cinta Anak Muda

Menurut pelakon drama bersiri Ai Crush You itu, dia memahami perhatian yang diterima sebagai artis adalah sebahagian daripada kerjaya, namun situasi menjadi berbeza apabila melibatkan kehidupan peribadi di luar waktu kerja.

“Bagi saya, ini adalah kerja. Tetapi bila saya tidak bekerja dan sedang berehat, saya sangat berharap peminat tidak sampai mengikuti ke rumah atau mencampuri urusan peribadi.

“Setakat ini, alhamdulillah, peminat masih tidak tahu saya tinggal di mana. Kampung halaman saya pun mereka tidak tahu.

“Saya memang rasa kurang selesa kerana saya sertai industri ini atas usaha sendiri. Keluarga saya tidak sepatutnya terheret sama,” jelasnya.

Tambah Zarif, isu tersebut turut melibatkan aspek keselamatan diri dan keluarganya.

“Bagi saya, ini soal keselamatan. Itu dunia saya sebagai artis, manakala keluarga pula adalah perkara yang saya lindungi daripada orang luar,” katanya.

Sehubungan itu, Zarif berharap peminat terus menyokong kerjayanya dengan cara yang berhemah serta menghormati batas privasi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya sejak dulu hingga sekarang. Namun seperti yang saya katakan, lakonan adalah kerja saya. Di luar itu, saya juga manusia biasa.

“Saya amat berharap peminat menghormati privasi saya. Saya melayan semua peminat dengan sama, tetapi tetap ada garis pemisah antara seorang pelakon dan individu yang meminatinya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Afifah Nasir Kini Tunangan Orang

Tahniah Afifah dan tunang!

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Single Terbaru Usop Selamanya Sambung Kisah Aku Yang Bersalah

Kalau nak tahu kesinambungan lagu Aku Yang Bersalah bolehlah dengar lagu Selamanya pula!

Featured Wed, 27 Aug 2025
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

萧秉治正式回归《爱过你有多久就有多痛》唱进人心

终结三年等待,走出黑暗幽谷,告别过去,经历内心风暴后重生的萧秉治,宣告正式回归!

error: Content is protected !!