Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 20, 2019 @ 9:09pm

‘Ustaz’ Dikecam Selepas Ceraikan Isteri, Nikahi Janda Anak Satu

Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu, Ain Afini tampil mendedahkan bahawa dia telah diceraikan oleh lelaki itu bulan lalu selepas memilih untuk berkahwin dengan seorang janda bernama Hana Azra.

Hal ini didedahkan sendiri olehnya di Instagram milik Ain Afini yang mana menarik perhatian netizen.

Bekas isterinya, Ain Afini, yang menggunakan handle @ainafini_ di Instagram memberitahu, PU Abu telah meminta kebenaran darinya untuk berpoligami setelah dua bulan pernikahan mereka.

Ain juga meminta agar PU Abu memilih sama ada wanita itu atau dirinya yang kini sedang sarat hamil anak pertama. Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan telah bertindak memilih ibu tunggal itu dan nekad menceraikan isterinya.

“ Semoga ‘ustaz’ tidak menyesal dan berbahagia dengan pilihan anda. Untuk mangsa-mangsa lain yang pernah hubungi saya, Insha Allah kita akan bawa kes ini ke mahkamah selepas saya habis pantang. Moga Allah bantu,” katanya.

Setakat ini tiada kenyataan balas dari PU Abu manakala Hana Azraa yang juga seorang pengasas barangan penjagaan kulit tempatan pula telah menguncikan akaun Twitter dan Instagram miliknya.

PU Abu ialah salah seorang peserta rancangan Pencetus Ummah 2015.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2024

[VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”

Pelakon jelita, Nora Danish mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar. Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika […]

Featured Thu, 26 Oct 2023
Trending Wed, 11 Nov 2020
Hiburan Tue, 17 May 2022
Hiburan Sun, 24 Aug 2025

Issey Fazlisham Pentaskan Teater Dalam Penjara, Mahu Suntik Semangat Patriotisme

Issey Fazlisham membawa pementasan Teater Dalam Penjara bersempena Makar Fest.

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

error: Content is protected !!