Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 28, 2024 @ 3:21pm

[VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”

Pelakon jelita, Nora Danish mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar.

Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika bertemu dengannya, selain turut menjadikan aktres drama sitkom Puteri ini sebagai sumber idola.

“Sebelum ini di Singapura ramai yang ambil gambar akan kata ‘I love you’, tetapi kali ini bila saya dah berhijrah berbeza sangat. Peminat semua mendoakan saya. Ada yang kata mereka kagumi saya sampai terinspirasi untuk hafal suruh Al-Mulk.

“Benda ni buat saya rasa terlalu sayu dan sangat meremang,” katanya.

Jelas Nora lagi, keadaan itu membuatkan dirinya sedar bahawa pentingnya seorang selebriti atau ‘public figure’ untuk mempamerkan contoh dan keperibadian akhlak yang baik.

“Ya Allah, baru saya sedar betapa pentingnya kita sebagai selebriti ini menyampaikan sesuatu perkara yang bermanfaat sebab kita ada ramai peminat di luar sana yang betul-betul mengidolakan kita.

“Jadi kalau kita sampaikan benda baik, mereka praktikkan,” ujarnya.

Nora berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Mengulas mengenai penghijrahannya itu, Nora berkata dia tidak pernah menyesal dengan masa-masa lalunya kerana setiap ujian yang dilalui itu membentuk dirinya menjadi lebih tenang.

“Indah sangat kuasa Allah, saya ni dulu orang kata sangat jahil, tetapi Allah tetap ada untuk membantu jadi insan lebih baik.

“Saya tak pernah menyesali ‘kalaulah dari dulu aku berubah’, tak boleh juga sebab kalau saya tak melalui ujian mencabar itu, saya tidak akan menghargai banyak perkara.

“Perubahan ketara selepas berhijrah adalah ketenangan hati. Masalah itu akan ada, tapi cara kita mengawal dan melalui perkara itu sangat penting, bila jiwa tenang kita nampak masalah tu kecil walaupun sebenarnya besar,” akhirnya.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran di Tonton.

Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Chacha Maembong, Faezah Elai dan Farahdhiya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Insya-Allah, Siapa Tahu Mungkin Diana Danielle Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita” – Nora Danish

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Wed, 10 Mar 2021

Rakyat Disarankan Bantu Industri Pelancongan Domestik

Ayuh majukan industri pelancongan!

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Fri, 1 Mar 2019

‘Karakter Shuib Dan Ajak Lebih Kurang, Jadi…’ -Fizie Hot FM Puji Sikap Profesional Shuib

Best kan bila dapat rakan kerja yang ‘masuk air’? Syok habis!

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
error: Content is protected !!