Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 14, 2022 @ 8:00pm

Rakam Lagu Hindustan Walaupun Sarat Mengandung, Ramai Puji Suara Raja Ilya Sedap Macam…

Berbadan dua bukanlah alasan buat pelakon, Raja Ilya untuk tidak menerima tawaran nyanyian apatah lagi, komposer dan penerbit muzik dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam memberi peluang kepadanya untuk menyanyikan semula lagu Bollywood berjudul Zara Zara.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, lagu yang menjadi runut bunyi filem Rehna Hai Terre Dil Men itu popular sekitar tahun 2001.

Memetik laporan Gempak, Raja Ilya mengakui dia bukanlah seorang penyanyi profesional dan tidak pernah merakamkan lagu sebelum ini, namun Raja Ilya akhirnya akur selepas Krishinthen menghantar demo lagu tersebut kepadanya.

“Lama saya fikir untuk menyanyikan lagu ini. Tambah pula saya sedang berbadan dua dan saya bukanlah penyanyi profesional.  Malah, selama ini saya tidak menyanyikan lagu Bollywood secara serius.

“Saya awalnya tak yakin dengan diri sendiri tapi komposer itu yakin yang saya boleh melakukannya. Malah siap menghantar demo lagu tersebut.

“Fikir punya fikir, saya akhirnya bersetuju dan mencabar diri. Akhirnya saya sendiri jatuh hati dengan lagu yang diakui sangat popular dan ramai orang suka,” jelasnya.

Sementara itu, beliau mengakui proses rakaman lagu tersebut bukanlah mudah memandangkan pelakon KL Vampires itu kini menetap di Australia dan komposer tersebut berada di Kuala Lumpur.

“Tak saya nafikan banyak kesilapan dilakukan semasa rakaman tetapi komposer banayak membimbing dan memperbetulkan kelemahan termasuklah sebutan bahasa Hindi lagu tersebut dan juga tempo,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Raja Ilya memuji kelunakan suara beliau.

Untuk rekod, lagu Zara Zara ini juga turut dinyanyikan oleh selebriti Bollywood, Sophie Choudry dalam versi Tamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Jul 2020
Featured Tue, 26 Dec 2023
Fab Foodies! Tue, 7 May 2019
Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023
Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Featured Fri, 18 Jun 2021

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40. Penurunan ini menimbulkan kebimbangan […]

Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Sebelum Ramadan Lagi Kami Dah Putus Cinta” – Nadia Brian Reda Ketentuan Ilahi, Sentiasa Doakan Kesejahteraan Nedim Nazri

Nadia berkata dia dan Nedim tidak bergaduh, malah saling mendoakan untuk kesejahteraan satu sama lain

Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Trending Sat, 5 Feb 2022

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini. Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama […]

error: Content is protected !!