Selebriti By: Atiqah Johari June 12, 2023 @ 3:39pm

“Aku Tahu Kau Nak Aku Mati & Susah!” – 8 Bulan Menderita, Syafie Naswip Dedah Jadi Mangsa Sihir?

Pelakon Syafie Naswip memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mendedahkan dia menjadi mangsa sihir.

Menerusi hantarannya itu, Syafie menyertakan beberapa keping foto yang memaparkan kawasan rumahnya diceroboh oleh seseorang dengan meninggalkan kesan kotor serta laman rumahnya digali.

“Wahai manusia, please. Kesabaran orang ada tahapnya. Jangan sampai orang hilang rasa hormat,” tulisnya.

Dedah Syafie, situasi yang dialaminya itu telah berlarutan hampir lapan bulan dan meminta individu tersebut untuk berhenti mengganggu hidupnya dengan cara kotor.

“It almost 8 months. Macam macam benda kau hantar. Back to back. Please stop dan cari kedamaian dalam diri kau yang hilang.

“Jangan ganggu hidup orang lain. Cara macam ni tak sihat. Boleh dianggap pengecut. Diam diam orang ada batasnya,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Syafie juga mendedahkan individu yang ‘mengganggu’ hidupnya itu sering mengintip akaun media sosialnya dan orang sekelilingnya.

Malah, dia mendakwa individu itu berniat untuk melihatnya mati dan menyusahkan hidupnya.

“Aku tahu kau stalk IG aku dan circle aku untuk tahu info mana aku ada, apa aku buat.

“Aku tahu juga pun memang niat kau nak bagi aku mati dan susah. Silakan.

“Doa orang teraniaya tak pernah salah. Ingat kau pun masih punya keluarga. Gunakan umur yang ada untuk perbaiki diri. Bukan ganggu hidup orang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan […]

Trending Sun, 27 Dec 2020
Featured Mon, 7 Nov 2022
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Watak Polis Dalam 7ujuh Bukan Tempelan – Faizal Hussein

Wah, abang Faizal kita ni makin muda remaja je kan?

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

费玉清「2019告別演唱会」最后一次登云顶舞台

「金嗓歌王」费玉清将于2019年4月12日及13日(星期六)晚上8时30分,再次踏上云顶云星剧场的舞台,举办他的个人告别演艺圈的巡回演唱会。