Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 23, 2024 @ 5:07pm

Gara-Gara Kongsi Foto Naik Basikal Dengan Sharifah Rose, Khai Bahar Didakwa Tak Jaga Ikhtilat – “Orang Yang Nak Fikir Negatif, Biarkan Saja”

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar mengaku foto yang dimuat naik bersama Sharifah Rose di media sosialnya hanyalah sekadar mahu mempromosikan drama terbaru mereka yang bakal ditayangkan di TV3 berjudul, ‘Cinta Bukan Milik Kita’ terbitan Zeel Production.

Kata Khai ketika ditemui XTRA,  foto yang memperlihatkan dirinya dan Sharifah Rose  berada dalam posisi yang sangat dekat itu dibuat sekadar mahu menjayakan adegan dalam drama rantaian tersebut.

“Niat saya nak promosi drama sahaja. Saya tak tahu nak jawab soalan netizen. Tak tahu nak jawab apa. Orang yang nak fikir negatif biarkan saja. Setakat ini, memang saya tak sentuh dia. Kami cuma rapat sahaja. Itupun sebab saya kena hidupkan watak dalam sebuah babak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

 

Disoal sama ada kekok ataupun tidak ketika melakonkan adegan tersebut, pelantun lagu Luluh ini bagaimanapun menjelaskan, dia sama sekali tidak berasa kekok.

Bahkan, mengaku bahawa dia dan aktres itu mempunyai ‘chemistry’.

“Kalau tanya kekok ataupun tidak, Khai jawab tidak. Kami masuk air. Cuma, cabaran untuk saya bawa basikal itu sangat sukar.

“Basikal itu lama, tinggi dan berat. Tambah Sharifah Rose duduk di depan saya, susah saya nak kawal. Basikal itu mahal dan ramai yang sedang cari sebab ia ‘limited’,” jelasnya.

Khai berkata demikian ketika ditemui media pada sesi fotografi drama terbaharunya itu yang diadakan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat hantaran Khai dan Sharifah Rose yang didakwa tidak menjaga ikhtilat sehingga ada yang melabel aktor itu sebagai bersikap liberal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Oct 2024
Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih Kata Izreen Azminda

Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Trending Thu, 21 Feb 2019
error: Content is protected !!