Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 2, 2025 @ 8:52am

Selepas Zizi Kirana & Farah Lee, Kapal Hio GSF Dinaiki Heliza & Hazwani Helmi Pula Dipintas Tentera Isra*l

Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) Hio yang dinaiki dua beradik penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi serta Hazwani Helmi dipintas dan ditahan oleh tentera rejim Israel ketika berlayar di perairan antarabangsa menuju Gaza, Palestin.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di akaun media sosial Sumud Nusantara sebentar tadi.

Bersama pengumuman itu, turut dikongsikan dua rakaman berbeza yang dirakam Heliza dan Hazwani sebelum pelayaran bermula, dengan mesej sama bahawa sekiranya video tersebut disiarkan, ia bermakna mereka sudah ditahan oleh tentera Israel.

Dalam videonya, Heliza berkata: “Nama saya Heliza Helmi, warganegara Malaysia. Jika anda sedang menonton video ini, itu bermakna saya telah ditahan secara paksa oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami adalah aman, tanpa keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.”

Hazwani pula dalam rakaman berasingan menjelaskan: “Saya Hazwani Helmi, warganegara Malaysia. Jika video ini ditonton, itu bermakna saya telah ditahan oleh tentera Israel bertentangan dengan kehendak saya. Kami datang dengan misi kemanusiaan yang aman, mematuhi undang-undang antarabangsa, dan tidak membawa sebarang keganasan.”

Kedua-duanya turut menyuarakan harapan agar kerajaan Malaysia segera mendesak Israel membebaskan semua sukarelawan GSF tanpa syarat serta menjamin keselamatan mereka sepanjang berada dalam tahanan.

“Saya merayu kepada kerajaan Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat kami semua,” ujar mereka.

Terdahulu, kapal Huga yang dinaiki oleh Zizi Kirana dan kapal Grande Blu yang dinaiki oleh Farah Lee turut ditahan oleh tentera Israel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 6 Mar 2025

“Ziana Zain Mempunyai Portfolio Yang Panjang Bersama Kami” – Rizman Ruzaini

Ziana Zain memberikan respons positif dan menggemari koleksi yang dihasilkan.

Featured Thu, 12 Dec 2024

Diarrhea 5 Hari & Terkena Jangkitan E.Coli Jadi Punca Khairul Aming Dikejarkan Ke Hospital

Khairul Aming akhirnya mendedahkan punca sebenar penyakit yang dialaminya.

Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Trending Mon, 28 Dec 2020
Featured Fri, 21 Mar 2025

Kambing Perap Dapat Rating 1/10, Ini Respons Zara Zya – “Kalau Tak Sedap, Tak Apa… Jangan Beli Lagi”

Zara bagaimanapun mengucapkan terima kasih diatas pendapat yang diberikan.

Trending Wed, 17 Aug 2022

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya yang juga aktres popular, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan. Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat […]

error: Content is protected !!