Euforia Bola 2026
Events By: Fatin Nurain June 26, 2022 @ 12:16pm

‘Standing Ovation’ Buat Aina Abdul, Persembahan Yang Amat Memukau Di Hari Pertama Konsert!

Terima ‘Standing Ovation’ dari penonton, itulah gambaran seusai hari pertama konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di pentas berprestij, Istana Budaya.

Siapa sangka, penyanyi yang memulakan kerjaya nyanyiannya dengan menyanyi di kelab malam ini, berjaya membuktikan dirinya mampu mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian ke peringkat terkemuka.

Aina yang terkenal dengan vokalnya yang lunak dan lantang itu juga dilihat berjaya menyajikan persembahan yang bertenaga dan beremosi buat semua penonton yang hadir, semalam.

Mana taknya, persembahan yang berlangsung selama satu jam ini seolah-olah membuatkan penonton dipukau dengan setiap lontaran lagu yang dibawakan oleh penyanyi kecil molek ini.

Dari Fool, Maybe, Reminiscing, Sumpah, Kelip-kelip, Mengapa, Gemilang, Listen, Nada Kalbu dan Ini Yang Kau Mahu antara lebih 25 lagu termasuk Medley yang disampaikan secara bertenaga oleh Aina di hari pertama konsertnya.

Aina juga turut menyanyikan lagu terbaharunya, Terus Hidup yang mempunyai kisah dan maksud yang tersendiri buat pertama kali di pentas itu.

Setiap lagu yang disampaikan penuh cerita suka duka, pahit manis dan kenangan tersendiri buat Aina yang dikongsikan dengan penyampaian yang penuh beremosi sehingga ada di antara penonton yang menitiskan air mata.

Di pentas mega itu juga, penyanyi yang sinonim dengan ‘fesyen unik’ nya itu tidak ketinggalan tampil berani dengan busana yang direka khas oleh beberapa ‘designer’ terkemuka seperti Melinda Looi, Zaimi Zulkafli dan Rizman Ruzaini.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini turut menyerlahkan bakat nyanyiannya dalam bahasa asing seperti Pangako Sa Yo, I Will Go To You Like A First Snow dan How You Like That.

Menutup tirai konsertnya pada hari pertama dengan penuh gemilang, Aina turut menyanyikan lagu Semalam dan Sepi dengan gubahan muzik berbeza diketuai oleh Mac Chew dan Jenny Chin.

Konsert ini melakar tanda aras tersendiri dan ia sekaligus membuktikan Aina antara penyanyi wanita yang unggul dalam industri nyanyian tanah air.

Malah, konsert ini juga turut dihadiri oleh barisan selebriti popular tanah air seperti, Ziana Zain, Rozita Che Wan, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Featured Thu, 15 Sep 2022
Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Featured Thu, 31 May 2018
error: Content is protected !!