Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 29, 2022 @ 5:42pm

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Pelakon hebat, Datuk Adi Putra mengakui menerima bayaran mahal sesuai dengan komitmen yang diberikan.

Malah, nilai yang tinggi itu bukan untuk dirinya sahaja kerana secara tidak langsung ia boleh menguntungkan industri termasuklah kru perfileman secara menyeluruh.

“Saya sentiasa mahal. Tapi mahal itu adalah komitmen kita, kita ada value added jadi bila kita ada benda tu kita tahu kepakaran kita kat mana.

“Lagipun kita berkerja keras siang dan malam jadi mahal itu bukanlah satu stigma tetapi adakah kita dihargai,” katanya.

Menurutnya, tidak salah sekiranya pelakon veteran lain juga meletakkan harga yang tinggi berdasarkan kualiti lakonan dan komitmen yang diberikan mereka.

“Kita sedia maklum bagaimana kadar bayaran untuk seniman dan seniwati serta kru produksi macam mana. Jadi mengapa tidak ‘maharnya’ ditingkatkan?” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai pemilihan karya selepas ini, beliau mengakui lebih selektif terutamanya dari segi pemilihan jalan cerita dan pengarah.

“Siapa yang kenal saya dari dulu, saya memang sangat selektif dari segi jalan cerita, pengarah..

“Saya tak nak sebut-sebut filem yang pernah keluar… sebab sekarang zaman flashback. Bila zaman flashback ni saya amat takut. Dan saya sedar dimana saya berasal. Tapi takpe lah yang dah berlalu itu biar berlalu saya positif sahaja,” katanya.

Sementara itu, ramai peminat menyifatkan bahawa tahun 2022 adalah tahun bagi Datuk Adi Putra kerana ketiga-tiga filem lakonan beliau ditayangkan dipawagam bermula dengan filem Mat Kilau, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force The Movie yang akan menemui peminat bermula 25 Ogos nanti.

“Sebenarnya, tahun ini bukan untuk saya, tapi keluarga saya dan anak-anak, isteri saya dan ibu saya yang banyak berdoa dari awal lagi. Jadi maknanya tahun ini adalah tahun mereka bukan tahun saya.

“Allah atur tu sangat molek, sebab sangat mustahil penerbit nak letakkan saya kat sini, back to back…

“Sebab kita akan proses tarikh wajib tayang… So,  bila dimaklumkan tu saya terkedu. One after another daripada bulan Julai sehingga hujung Ogos. Walaupun sangat sempit… tapi saya terima saja” jelasnya.

Adi Putra ditemui pada majlis Tayangan Perdana dan Sidang Akhbar Filem Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Gardens, Petaling Jaya pada Rabu.

Selain itu, Adi putra atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim turut mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan buat semua peminat dan penonton filem tempatan diatas pujian yang diberikan kepadanya.

 “Kepada yang memberi pujian doa saya khusus kepada mereka supaya urusan mereka dipermudahkan. Saya ni bukan apa, saya ni hak milik masyarakat,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Tahniah! Ruhainies Sudah Dilamar Mr E

Ruhainies langsung tidak menyangka kekasihnya itu melamar di lokasi berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan.

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Trending Mon, 19 Apr 2021

Bantuan RM300 Buat Pemandu Kereta Sewa

Berita baik buat pemandu kereta sewa yang terkesan…

Hiburan Mon, 9 Mar 2026

Babak Sarat Hamil Dalam MV ‘Bincang Raya’ Seakan Beri ‘Hint’ Bakal Jadi Ibu, Amira Othman Tampil Buka Mulut

Amira Othman berkata babak tersebut hanyalah sebahagian daripada jalan cerita dalam MV

Trending Wed, 16 Feb 2022

Rasa Macam Kena Scam… Pengantin Spend RM7,000 Nak Kek Kahwin Batu Swarovski, Akhirnya Dapat Manik Biasa

Usahawan selebriti, Iddin Syah meluahkan kekecewaan apabila kek majlis resepsi perkahwinan bernilai RM7,000 yang ditempah berbeza daripada apa yang dijangka. Menurut Iddin yang merupakan pengasas produk kecantikan ESW, permintaannya untuk melihat kek perkahwinan dihiasi batu […]

Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Langgar Perintah Mahkamah Sebar Aib Fattah Amin? Peguam Maklum Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara – “Nak Terus Fitnah? Tanggunglah Dosa”

‘Mahkamah boleh keluarkan notis penjara kerana tidak laksanakan perintah yang sudah ditandatangani’ – Peguam Fattah Amin

error: Content is protected !!