Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal February 10, 2019 @ 1:44pm

Jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd Selamat Di Temui

Mayat pemancing yang hilang ketika menyelamatkan empat mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan Jumaat lepas ditemukan kira-kira pukul 7.24 pagi ini.

Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5km dari lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Sharikan Bustaman berkata mayat mangsa dinaikkan oleh anggota Mencari dan Menyelamat (SAR) bomba.

“Keluarga mangsa telah melakukan  pengecaman dan mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

“Dengan penemuan ini operasi dan pusat kawalan operasi SAR ditutup secara rasmi pada 8.30 pagi,” katanya

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Abdul Bari Asyraf yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya, terjun ke dalam muara sungai selepas melihat kereta pacuan empat roda itu terjunam.

Selain beliau, empat lagi orang awam turut melakukan perbuatan sama bagi menyelamatkan empat beranak di dalam kereta terbabit. Empat beranak itu bagaimanapun selamat dan dihantar ke HSNZ untuk rawatan.

Operasi SAR juga membabitkan orang awam malah ia menarik perhatian pemimpin kerajaan negeri  hingga menganjurkan solat hajat malam tadi sebagai antara usaha pencarian Abdul Bari Asyraf.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jun 2025
Hiburan Thu, 18 Jul 2024

Intan Najuwa Nafi Tak Bayar Gaji Pekerja – “Orang Songlap Duit, Hutang Saya Lagi Ada”

Malu la ek individu tu konon nak spil the tea sekali dah fitnah orang hmm

Trending Wed, 12 Dec 2018

Harimau Malaya Perlukan Keajaiban Di Hanoi

Ayuh Harimau Malaya terus bangkit!

Kisah Viral Tue, 28 Feb 2023
Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Sat, 29 Feb 2020
error: Content is protected !!