Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 29, 2020 @ 11:29am

[TRENDING] “Saya Pasti Ashraf Tersenyum Melihat Saya”- BCL Bikin Peminat Tak Boleh Move On

Kembali beraksi di atas pentas setelah pemergian suami tercinta, nampaknya kemunculan BCL dikhalayak ramai adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat.

Sumber : Google

Tempat dan lagu punya kenangan Ashraf

Penampilan pertama beliau setelah 12 hari pemergian Ashraf  Sinclair ternyata membuatkan peminat kagum akan kekuatan BCL terutamanya apabila, persembahan yang dilakukan di SQ Quarter Dome, Cilandak, Indonesia itu adalah tempat dimana beliau pernah membuat persembahan dan ketika itu Allahyarham Ashraf menemani beliau.

Menurut BCL, lagu-lagu yang dibawakan pada malam itu juga memiliki cerita indahnya tersendiri. Contohnya, lagu Cinta Pertama (Sunny) yang diakui antara lagu beliau bersama Ashraf ketika zaman percintaan dahulu.

Saya yakin Ashraf pasti tersenyum

Bukanlah mudah buat seorang wanita, isteri dan ibu untuk tampil kuat dan membuat persembahan dikhalayak ramai, namun sebagai seorang yang profesional BCL hanya mampu menganggap Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair pasti sedang tersenyum melihat dirinya.

” Untuk almarhum suami saya, saya yakin dia sedang tersenyum, melihat betapa besar cinta kita” Katanya.

BCL  sempat berkata sedemikian sebelum membuat menyanyikan lagu Karena Ku Cinta Kau. Lagu yang ternyata bermakna buat BCL kerana lagu tersebut adalah istimewa buat mereka yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap kerjaya seni BCL. 

BCL minta maaf kepada penonton dan peminatnya

Malah, apa yang begitu meruntun hati penonton adalah saat penyanyi itu meminta maaf kepada penonton sekiranya persembahan beliau tidak sesempurna seperti kebiasaannya.

” Memang dari lagu ke lagu itu memang punya kenangan tersendiri. Jadi saya minta maaf kalau saya sedih. Banyak emosi malam ini” Ucapnya setelah selesai menyanyikan lagu Harta Berharga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Mar 2024

Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak – Datuk Red

Trending Wed, 14 Feb 2018

PELAJAR MAUT TERKENA PISAU MESIN RUMPUT MELAYANG

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, kepala mangsa, Nur Afini Roslan, 14, ter­belah dua, manakala seorang lagi pelajar sekolah itu, Mohd. Farhan Reza Badrol Hesam, 13, mengalami kecederaan pada belakang kepala.

Hiburan Sat, 17 May 2025

Pierre Andre Akui Ketinggalan Jauh, Tak Rasa Tersaingi Dengan Syamsul & Syafiq Yusof

Pierre Andre tak rasa tersaingi dengan Syamsul dan Syafiq Yusof

Hiburan Tue, 10 Oct 2023
Featured Mon, 22 May 2023

Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Style masing-masing, kita doakan yang baik-baik je okay! ☘️

Trending Tue, 12 Mar 2019
Trending Thu, 3 Dec 2020
error: Content is protected !!