Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 30, 2026 @ 11:37pm

Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

Drama penuh konflik dan manipulasi bakal menghiasi slot Samarinda TV3 menerusi Jiwa Seorang Pentaksub, sebuah naskhah yang mengangkat sisi gelap seorang lelaki berpengaruh yang dilihat sempurna di mata masyarakat, namun sebenarnya terperangkap dalam ketaksuban terhadap kuasa dan nafsu sendiri.

Menampilkan aktor berkaliber Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama bernama Firzan, drama terbitan Suhan Movies arahan Nur Ain Sharif ini membawa penonton menyelami kehidupan seorang pemimpin yang sanggup mempertaruhkan apa sahaja demi mengekalkan pengaruh dan kedudukannya.

Turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus, drama 25 episod itu akan mula bersiaran pada 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Firzan memulakan kehidupannya sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh sebelum perlahan-lahan mempelajari bahawa kuasa mampu membuka pelbagai peluang dalam hidupnya. Dari situ, dia mula menggunakan perkahwinan sebagai jalan untuk membina kedudukan sebelum akhirnya berjaya mencipta empayar politik sendiri.

Namun di sebalik kejayaan yang dimiliki, Firzan sebenarnya semakin hanyut dengan ketaksuban terhadap kuasa sehingga sanggup memanipulasi orang di sekelilingnya termasuk keluarga sendiri.

Kehadiran Diana lakonan Sophia Albarakbah yang juga teman wanita kepada anaknya, Aiman lakonan Ady Mohammad, mula mencetuskan konflik apabila Firzan cuba menggunakan pengaruhnya demi memiliki wanita tersebut.

Dalam masa sama, Aidil yang dilakonkan Shahz Jaszle pula masih menyimpan kebencian terhadap Firzan selepas sekian lama menjauhkan diri daripada bapanya itu.

Watak Suri lakonan Rita Rudaini pula menjadi individu yang paling setia berada di sisi Firzan dan mengetahui terlalu banyak rahsia tentang lelaki berkenaan. Namun apabila satu demi satu rahsia mula terbongkar, hubungan mereka mula berubah dan penuh tanda tanya.

Menurut Rosyam, watak Firzan antara karakter paling kompleks yang pernah dibawanya kerana lelaki itu terlalu obses dengan kuasa dan percaya dirinya sentiasa berada di pihak yang benar.

“Firzan ni jenis manusia yang sangat pandai bermain persepsi. Dia tahu macam mana nak buat orang percaya dan hormat dekat dia walaupun hakikatnya banyak perkara yang dia lakukan sebenarnya salah.

“Pada dia, semua tindakan yang dibuat ada sebab tersendiri dan dia tak pernah rasa dirinya jahat. Saya rasa penonton akan rasa geram dengan sikap Firzan sebab dia seorang yang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki,” katanya.

Jiwa Seorang Pentaksub akan mula menemui penonton pada 1 Jun 2026 menerusi slot Samarinda TV3.

Selain siaran di TV3, penonton juga boleh mengikuti episod baharu secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas tayangan televisyen sama ada menerusi laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Spekulasi Berbadan Dua Hangat Diperkatakan, Ramai Doakan Watie Hanifiah

Isteri kepada usahawan yang juga pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa sedang berbadan dua.

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Giliran Anak Ketiga Kris Dayanti Pula Jadi Penyanyi…

Soundtrack berjudul ‘Sahabat Tersayang’ ini bakal membuatkan pendengar jatuh cinta dengan suara puteri kesayangan diva nombor satu Indonesia ini.

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Wed, 26 Oct 2022

[VIDEO] Tular Di TikTok, Ibu Mangsa Dedah Kronologi Kes Kakak Baling P*sau Pada Adik – “Bukan Berebut Kerusi Dalam Kereta, Tapi..”

Sayunya min dengar luahan hati ibu mangsa 😣 ‘Ya Allah abang, maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ni’- Suspek

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

‘Flying Kiss’ Dua Lipa Hanya Untuk Hael Husaini?

Siapa sini, repeat video Hael lebih dari sekali angkat tangan!

error: Content is protected !!