Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:55pm

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Pelakon, Puteri Balqis tampil dengan watak penuh emosi sebagai Husna dalam drama bersiri terbaharu, Anugerah Tanpa Cahaya yang bakal bersiaran di platform Tonton mulai 16 Mac ini.

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

“Sebagai remaja, pasti ada naik turun kerana pada usia itu kita sedang mengenal dunia dan mencari diri sendiri.

“Kadang-kadang kita buat pilihan yang salah, tetapi daripada situ kita belajar dan sedar tentang kesilapan yang dilakukan.

“Bagi saya, Husna hanyalah seorang remaja yang sedang mencari tempatnya dalam dunia walaupun jalan yang dipilih memberi kesan kepada dirinya dan orang di sekelilingnya,” katanya.

Drama arahan Amor Rizan itu menampilkan kisah konflik keluarga apabila seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya memilih jalan hidup yang membawa padah.

Turut membintangi drama 10 episod ini ialah Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail.

Kisah bermula apabila Bahar (Azhan Rani) dan isterinya, Tijah (Amyza Aznan) menemui seorang bayi yang ditinggalkan di luar rumah mereka. Bayi itu kemudian dibela sebagai anak angkat dan dinamakan Husna.

Husna dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan menjadi kesayangan Bahar. Namun, keadaan mula berubah apabila Tijah berasa suaminya terlalu memanjakan Husna hingga hampir semua kehendaknya dipenuhi.

Apabila meningkat remaja, Husna mula memberontak. Dia sering ponteng sekolah, menipu dan mencuri kerana mahu keluar daripada kehidupan serba kekurangan yang selama ini dirasakannya.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Husna melarikan diri dari rumah dan terjebak dalam hubungan dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki yang mempunyai sisi gelap.

Anugerah Tanpa Cahaya yang memuatkan 10 episod bakal bersiaran secara eksklusif di Tonton bermula 16 Mac 2026, setiap Isnin dan Selasa, jam 12 tengah malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Rakan Dedah Accapan Sangat Merendah Diri Dan Tidak Berkira

Bekerjasama dalam sitkom yang bermula pada tahun 1985, Angeline memberitahu mendiang seorang yang gemar berkongsi ilmu ketika bekerja.

Hiburan Thu, 29 Feb 2024

Ezzanie Jasny Jamin Takkan Lupa Diri

min suka tengok Ezzanie ni

Featured Sat, 26 Nov 2022

Gara-Gara Solekan ‘Tebal’, Aksi Eyra Hazali & Suami Undang Tawa

Kecantikan pelakon Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 23, tak dapat dinafikan orang ramai. @yanasszz._ Hahah eyra🤣 #eyrahazali #haziqnadzli #hayderqhalish #endrahaqimie #familyhaziqnadzli ♬ original sound – ✨ Terkini, sebuah video berdurasi 20 saat […]

Trending Fri, 13 Aug 2021
Trending Tue, 19 Mar 2019

牛奶可乐一夜爆红!网友吵翻了,你敢喝吗?

最近,推特上有人又发起了一项挑战——牛奶+可乐,你会喝吗?

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Isteri Baim Wong Hamil Anak Pertama?

Doakan ya semoga impian untuk melihat Bapau (gabungan Baim dan Paula) junior terlaksana.

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

error: Content is protected !!