Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 7:05am

Penangan Viral… Pasangan Meor & Fazliana Disandingkan Untuk Kali Kedua Di #RewangRakyatRangers, Hot FM Siap Bawa Shila Amzah Menyanyi Lagi!

Kisah seorang pengantin lelaki, Meor Izz Rasydan, 27, yang terpaksa bersanding bertemankan sebuah komputer riba di atas pelamin bagi menggantikan pengantin perempuan iaitu Fazliana Sjafni, 28, yang tidak dapat hadir akibat dijangkiti wabak Covid-19 menjadi tular di media sosial baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai pihak termasuk Hot FM Rakyat Rangers.

Ahad lalu, pihak Hot FM Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG dan Fad telah berjaya merealisasikan persandingan semula pasangan Meor & Fazliana yang ditaja sepenuhnya oleh pelbagai pihak.

Menerusi #RewangRakyatRanger, Fara Fauzana, AG dan Fad berjaya mencari penaja lokasi serta pelamin iaitu daripada Ruang Event Space, katering daripada Amimy Kitchen Catering, khidmat jurusolek daripada Akmal Azman Empire, jurugambar daripada R.A Pictures dan penaja busana pengantin buat kedua pasangan ini daripada Yon Ramzie Samat.

Majlis yang berlangsung selama 3 jam, dari 11 pagi sehingga 2 petang cukup meriah walaupun diadakan secara tertutup yang hanya melibatkan seramai hampir 150 orang iaitu daripada keluarga kedua belah pengantin, crew dan pihak Hot FM sahaja.

Majlis persandingan cukup istimewa kerana pengantin dan para jemputan dikejutkan dengan kehadiran dan persembahan istimewa juara Anugerah Juara Lagu ke-36 iaitu Shila Amzah.

Pihak pengantin tidak diberitahu berkenaan persembahan Shila Amzah ini sehinggalah ketika persembahan itu diadakan.

Selain itu juga, mereka turut dihiburkan dengan persembahan akustik penyanyi terkenal Amir Jahari yang menyanyikan dua buah lagu buat pengantin dan para tetamu.

Majlis persandingan ini juga turut diacarakan oleh penyampai Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana dan Fad sepanjang majlis itu berlangsung.

“Pada mulanya Hot FM call kami dan kata ada surprise untuk kami berdua dan bagitahu kami yang kami akan dapat satu hadiah. Lepas daripada tu, minggu ke minggu Rakyat Rangers masih contact kami dan macam nak betul-betul realisasikan hajat dan impian kami ni.

“Perasaan pulak berbeza masa waktu nak nikah dulu sebab yang buat majlis ni bukan daripada pihak kami tapi semuanya diuruskan oleh orang lain iaitu Hot FM. Kami hanya datang dan ikut the flow sahaja.

“Jadi, perasaan tu memang sangat membuak-buak lah dan kami sangat terharu, bangga dan dalam masa yang sama kami sangat hargai apa yang Hot FM lakukan ini kerana kami ini hanya orang biasa saja,” kata pasangan ini.

Mengimbau kembali bagaimana #RewangRakyatRangers ini terjadi adalah apabila Hot FM Rakyat Rangers iaitu Fara Fauzana, AG dan Fad berjaya menghubungi pasangan pengantin ini buat kali pertama pada 4 Mac lepas untuk bertanya khabar dan mengetahui kisah sebenar bagaimana majlis mereka itu boleh menjadi tukar ni di media sosial.

Dalam perbualan telefon berkenaan, Fara Fauzana, AG dan Fad ada bertanyakan mengenai kelapangan tarikh kepada mereka berdua tanpa memberitahu tujuan sebenar kenapa mereka ini menanyakan tentang kelapangan tarikh tersebut.

Kisah mereka ini tidak berakhir disitu kerana pada 7 Mac, Hot FM Rakyat Rangers sekali lagi menghubungi pasangan pengantin berkenaan dan bertanya mengenai tarikh yang dipilih, iaitu pada 20 Mac 2022, Ahad.

Tanpa mengetahui tujuan mengapa mereka ini bertanya mengenai tarikh berkenaan, pasangan pengantin dikejutkan oleh Fara Fauzana, AG dan Fad untuk bersanding sekali lagi dengan kehadiran kedua-dua mempelai.

Majlis persandingan mereka itu diatur sepenuhnya oleh Hot FM Rakyat Rangers dan telah pun berlangsung pada Ahad lepas dan pihak Hot FM sangat berbesar hati dan gembira kerana dapat merealisasikan impian pasangan pengantin ini.

Inisiatif ini adalah selaras dengan misi Rakyat Rangers yang sentiasa dekat dengan pendengar dan komuniti sehinggalah terjadinya #RewangRakyatRangers ini. Pelbagai program dan pengisian yang lebih menarik akan diberikan oleh Hot FM Rakyat Rangers dan pihak Hot FM sendiri di masa akan datang selain kempen-kempen seperti Rakyat Rangers Pegang Apa Tu? yang masih berjalan sehingga 1 April 2022.

Dengarkan dan ikuti Hot FM di media sosial untuk ketahui apa lagi yang bakal diberikan oleh Hot FM kepada para pendengar yang sentiasa bersama Hot FM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Hargai Jasa, Neelofa Seru Bantu Wartawan Utusan

Neelofa tampil menyeru agar lebih ramai menyalurkan bantuan.

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Tahniah Nabil Ahmad – Dinobat Pengacara Terbaik Asia

Tahniah buat Nabil dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik pada Anugerah Asian Academy Creative Awards (AAA)

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Kalau Ada Yang Ganggu, Aku Terpaksa Jadi Tegas” – Pengawal Peribadi Utamakan Keselamatan Fazura

Shahaszrin berkata dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap Fazura, paling utama adalah keselamatan selebriti itu

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Rapat Dengan Keluarga Tak Jamin Setia, Dia Tinggal Juga” – Iman Troye Kongsi Pandangan Tanda Lelaki Serius Dalam Perhubungan

Iman berkata keseriusan juga dapat dilihat apabila pasangan mula meletakkan satu sama lain sebagai keutamaan serta berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Opss! Zul Ariffin Mengaku Kenal Wanita Ukraine Itu Tapi…

Saya tak boleh puaskan hati semua orang, terpulang pada anda untuk mengandaikan apa saja. Saya tak mahu komen apa-apa. Biar masa yang akan menjawabnya…

error: Content is protected !!