Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 9, 2025 @ 1:35pm

PU Riz Dedah Neelofa Hilang Kontrak Jutaan Ringgit Selepas Berniqab, Jenama Besar Rayu Semula Dengan Nilai Berganda

Pendakwah bebas, PU Riz mendedahkan isterinya yang juga usahawan terkenal, Neelofa pernah kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit hanya kerana memilih untuk berniqab.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, perkara itu berlaku ketika sebuah syarikat produk penjagaan wajah dari Perancis membatalkan kerjasama selepas imej baharu Neelofa menjadi perhatian ramai.

“Ada sebuah syarikat besar hubungi kami, mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikir semula sama ada nak ambil dia atau tidak.’

“Akhirnya kontrak bernilai jutaan ringgit itu dibatalkan. Kalau saya di tempat dia, tentu saya akan pujuk sambung semula projek itu. Tapi Neelofa tidak memilih jalan tersebut,” katanya ketika berkongsi dalam sebuah majlis ilmu.

Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Beberapa tahun selepas itu, syarikat sama kembali mencari Neelofa dengan tawaran jauh lebih lumayan selepas imej muslimah yang ditampilkan bekas pengacara itu menjadi ikutan.

“Bila Neelofa pakai niqab dan kekal tampil bergaya, ramai mula terinspirasi. Ada yang datang menangis depan saya, mereka kata ikut jejak Neelofa dan terus berniqab.

“Akhirnya, syarikat yang pernah tolak dia dulu datang semula dengan tawaran berlipat kali ganda, malah merayu supaya Neelofa jadi duta mereka,” jelasnya.

@indigovelvet4

Percayalah pd rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah 😭🤍 #neelofaharis #neelofa #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #nunha @neelofa

♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Fri, 16 May 2025
Hiburan Mon, 9 Dec 2024

“Tak Banyak Saya Boleh Buat Untuk Tunjuk Rasa Terima Kasih Pada Siti Nurhaliza” – Faizal Tahir

Faizal Tahir hargai jasa dan pengorbanan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang bergelar anak seni

Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Thu, 18 Jul 2019

Thousands of Fans Sent Hilarious Audition Tapes Right After Harry Styles Rumoured to Play Prince Eric in the Coming “The Little Mermaid”

Twitter immediately went wild with thousands upon thousands of hilarious audition tapes as soon as the rumour of Harry Styles to play as Prince Eric in the Disney’s upcoming live-action remake of “The Little Mermaid”

Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Hiburan Tue, 12 May 2026

Khairul Aming Terharu, Imbau Memori Tujuh Tahun Lalu Pertama Kali Berhubung Dengan Siti Nurhaliza

Khairul mengakui terharu dan tidak menyangka apabila Siti menghulurkan sendiri album tradisionalnya Gema Bumantara ketika menghadiri restoran Rembayung buat kali kedua. 

Trending Mon, 22 Aug 2022

REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall

RMG telah dilantik oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sebagai rakan strategik untuk inisiatif MyMall ini.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Terbitkan Dentam Dentum Raya Nyanyian Trio Mut, Jaja Ishak Jawab Dakwaan Tumpang Populariti Hadie, Ammar & Auddra

Jaja Ishak tidak melihat dakwaan dirinya menumpang populariti tiga penyanyi muda Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli sebagai sesuatu yang negatif.

error: Content is protected !!