Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2024 @ 3:34pm

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi berita duka yang baru sahaja mengalami keguguran anak ke-5.

Isteri kepada Datuk Fadza Anuar itu memuat naik berita tersebut menerusi satu perkongsian sayu di ruangan Instagram miliknya, semalam.

Dalam hantarannya itu, Vivy berkata anak ke-2, Mariam berharap untuk ibunya hamil dan setelah melakukan ujian kehamilan didapati positif.

Vivy Yusof

Tidak lama selepas mendedahkan berita gembira itu kepada keluarga, Vivy mendapati dia melalui pendarahan teruk sehingga terpaksa berbaring.

“Tiba-tiba darah keluar setiap hari. Saya ambil tiga ujian darah dalam seminggu untuk memantau tahap kehamilan saya.

“Selain daripada pergi hospital, saya terlantar di katil sebab nak buat yang terbaik demi menyelamatkan kandungan saya.

“Allah lebih mengetahui.. pendarahan saya tak berhenti dan ujian terakhr darah mengesahkan saya kehilangan bayi itu,” tulisnya.

Di akhir perkongsian itu, Vivy yang mengalami keguguran sebanyak tiga kali ini reda atas takdir Illahi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti mengucapkan takziah serta mendoakan Vivy kuat menghadapi ujian ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada Julai 2012.

Hasil perkongsian hidup bersama mereka telah dikurniakan empat cahaya mata, Daniel Azim Shah, Mariam Imam Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Atau Vivy Yusof? Isu Siapa Lagi Layak Terima Dana Jadi Perdebatan Netizen Di Platform X

Artikel Berkaitan: Demi Solidariti, Suami Vivy Yusof Tinggalkan Jenama Mewah Sokong Isra*l – “He Said Goodbye To His LV Wallet”

Artikel Berkaitan: Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vivy Yusof Gayakan Skirt Kristal Tarik Perhatian Netizen… Individu Dedah Harga Cecah RM16,000! – “Level Dia Macam Seringgit 60 Sen Je”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Feb 2026

Gabung Elemen Klasik & Moden Ernie, Syamel ‘Lari’ Ke Hong Kong Demi Lagu Raya Penuh Nostalgia

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel kembali bergandingan menerusi single raya terbaharu berjudul, Suasana Raya.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 21 Jul 2021

“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Walaupun sudah menerima suntikan, […]

Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Featured Sun, 23 Oct 2022
Trending Sun, 9 Sep 2018

Empat Hari Akaun Instagram Dibuka, Jebat Jayden Kumpul Sebanyak 80,800 Pengikut!

Seminggu kelahirannya, Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian ramai di laman sosial Instagram.

error: Content is protected !!