Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 30, 2022 @ 7:18pm

[VIDEO] “Depa Bertunang Sejak Awal Tahun” – Sebak ‘Throwback’ Perjalanan Cinta, Rakan Baik Jadi Saksi Syifa, Safawi Tabah Hadap Ujian

Baru-baru ini, rakan baik kepada pempengaruh Syifa Melvin, Jaja Talib berkongsi sebuah video ‘throwback’ mengenai perjalanan kisah cinta pasangan pengantin baru Syifa dan Safawi.

Menerusi video tersebut, Jaja membuat perkongsian bahawa pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan sejak awal tahun lagi.

“Mesti hampa pelik kenapa si Pawi wish macam tu… sebenarnya aku throwback ja, depa ni bertunang dari awal tahun lagi.

“Aku rasa happy sangat dengan moment ini sebab aku dapat tengok kawan baik aku sendiri bertunang dengan kekasih pilihan hati,” kongsi Jaja.

Tambah, kata usahawan dan pempengaruh itu, dia merupakan saksi kepada kisah hidup dan cinta Syifa dan Safawi dan mengakui pasangan tersebut tabah menghadapi ujian yang melanda.

Lagi, Jaja meluahkan rasa gembiranya apabila rakan baiknya itu telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya baru-baru ini.

“Inilah moment di mana dia (Syifa) berjumpa dengan family Pawi dalam sesi merisik dan bertunang.

“Aku sajalah nak throwback dekat hampa zaman depa bertunang ni, aku memang nak share best moment depa berdua. Aku ni saksi jalan cerita hidup depa dan jalan cerita cinta depa. Aku sangat-sangat happy tengok depa berdua ni tabah dan alhamdulillah rezeki depa berkahwin,” kongsinya lagi,

@jaja_talib Replying to @user3516051538783 Im crying… sumpah sebak sangat. Im happy for u bestiee 😭😭😭 #syifawi ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Untuk info, Syifa Melvin, 28 dan Safawi Rasid, 25 telah sah bergelar suami isteri pada 28 November lalu.

Majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di hotel Hilton Petaling Jaya dan dihadiri oleh keluarga dan sahabat rapat sahaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Trending Thu, 5 Nov 2020
Featured Wed, 20 Aug 2025
Featured Mon, 6 Mar 2023
Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!

Trending Tue, 5 Oct 2021
error: Content is protected !!