Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 6, 2023 @ 6:35pm

Jamin Harga Tiket Rakyat, Konsert SOG Reimaginasi Bakal Dihangatkan Dengan Iringan Orkestra & Tiga Penyanyi Terkenal!

Penyanyi band indie terkenal, Sekumpulan Orang Gila (SOG) bakal mengadakan Konsert SOG REIMAGINASI bersama tiga selebriti terkenal iaitu Shila Amzah, Asmidar dan Naim Daniel.

Berkonsepkan ‘intimate’, konsert yang akan berlangsung pada 17 Jun ini dimeriahkan lagi dengan iringan pemuzik-pemuzik orkestra.

Keistimewaan konsert pada kali ini akan mengisahkan tentang perjalanan SOG sejak mula berkecimpung dalam industri seni pada tahun 2010 sehingga kini, serta sebagai tanda terima kasih kepada peminat.

“Kami memilih artis seperti Shila, Asmidar, dan Naim untuk kolaborasi di konsert kali ini kerana kami sentiasa mengagumi bakat mereka. Meskipun muzik kami berbeza, namun energy mereka sangat luar biasa,” kata salah seorang anggota SOG.

Disoal mengenai harga tiket konsert ini, SOG berkata harga konsert pada kali ini akan lebih berbaloi dan dianggap sebagai konsert ‘mesra rakyat’.

“Venue konsert adalah berbaloi dengan harga tiket. Misalnya, konsert kali in memang khusus untuk peminat SOG cuma kali ini perbezaannya ada orkestra.

“Harga tiket juga masih SOG. Kami cuba merakyatkan muzik SOG kerana mahu penyokong yang dah beri sokongan sejak 2010 sampai sekarang masih boleh pergi walaupun level konsert ini orkestra. Sampai bila kita nak letak trademark konsert orkestra ini untul level hiburan bangsawan?

“Kami janjikan konsert kami kali ini akan dimeriahkan lagi dengan ahli pemuzik ‘top notch’ orkestra yang akan memukau penonton bukan dari segi audio saja, tapi juga dari visual. Semestinya pengalaman 100% baru untuk peminat SOG,” ujar Raja Nazrin ketika ditemui di malam pelancaran konsert dan muzik video Senja Yang Tua di ibu kota.

Konsert bakal diadakan pada 17 jun ini akan datang di JioSpace, Petaling Jaya. Tempat ini boleh membuatkan lebih dari 1,800 penonton.

Pada masa yang sama, SOG turut melancarkan muzik video ‘Senja Yang Tua’ lirik oleh Danniey Junaidi, gubahan melodi dari SOG dan komposer MK Ridzuan yang akan ditayangkan di YouTube pada 10 Mac ini.

Lagu ini merungkai kisah dan perasaan ibu dari cerita rakyat, Si Tanggang setelah diderhakai oleh anaknya. SOG telah menggubah pengakhiran cerita ini di mana si ibu akhirnya memaafkan Si Tanggang walaupun ada bisikan yang menghasutnya untuk menyumpah anaknya menjadi batu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Sep 2023

Ibu Bersyukur Anak Tiada Masalah Sosial, Ameera Khan Enggan Komen Dakwaan Berjudi Lumba Kuda – “Fikirlah Apa Yang Anda Nak Fikir…”

‘Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang buat macam tu’ – ibu Ameera Khan

Hiburan Tue, 6 Nov 2018

Haqiem Rusli Cipta Lagu Untuk Usop, Korang Dah Dengar Ke Belum?

Aku Yang Bersalah diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan muzik videonya sudah berada di saluran Youtube Rocketfuel Network bermula 26 Oktober lalu.

Trending Mon, 20 Sep 2021

Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, dilaporkan sudah ditahan oleh pohak imigresen Thailand pada 8 September lalu. Penahanannya dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat informasi mengenai keberadaan Sajat […]

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Mon, 4 Apr 2022
error: Content is protected !!